Rio Ferdinand telah memberikan pujian kepada Jude Bellingham selepas aksi menakjubkan pemain tengah itu menentang Sevilla, mendakwa pemain seperti Steven Gerrard dan Frank Lampard tidak sehebat bintang Borussia Dortmund pada usianya.

Bellingham, yang mengetuai Dortmund berusia 19 tahun dan 98 hari, menjaringkan satu gol dan mencipta satu lagi gol ketika pasukan Jerman itu mengekalkan cengkaman mereka untuk kelayakan ke peringkat kalah mati.

Dan Ferdinand, bercakap mengenai BT Sport, berkata Bellingham mempamerkan permainan yang tidak pernah disaksikan dalam dunia bola sepak ketika masa depan pemain tengah itu masih lagi jadi tanda tanya.

"Apa yang dia lakukan pada usianya, kami belum pernah lihat," kata Ferdinand.

"Pemain generasi terbaik kami, Gerrard, Lampard, Scholes, mereka... Viera, Roy Keane, mereka tidak melakukan perkara yang sama.

"Dia masih perlu meneruskan dan membuktikannya dalam tempoh yang lama, mengambil peranan penting dalam perlawanan, mengetuai pasukan di peringkat ini, dia seorang pemain yang lengkap.

"Mentaliti pemain muda ini cukup baik, tiada sebarang keraguan terhadap kemampuannya."

Bellingham menjadi pemain muda pertama dalam sejarah Liga Juara-Juara yang menjaringkan gol dalam tiga penampilan berturut-turut, pemain muda England pertama memulakan permainan sebagai kapten pasukan mereka dalam Liga Juara-Juara dan kapten termuda menjaringkan gol dalam perlawanan Liga Juara-Juara.