Richarlison kesal dituduh punca Antonio Conte tinggalkan Tottenham
Shaiful Shamsudin
March 31, 2023 08:10 MYT
March 31, 2023 08:10 MYT
Richarlison menafikan bahawa dia memainkan peranan penting Antonio Conte dipecat Tottenham.
Jodoh Spurs dan Conte berakhir minggu lalu, lapan hari selepas bekas pengurus Chelsea itu melancarkan serangan pedas ke atas kelab berkenaan ekoran keputusan seri 3-3 di Southampton.
Conte menyifatkan pemain Tottenham sebagai "mementingkan diri sendiri" dan seakan-akan mengkritik Pengerusi Spurs, Daniel Levy, dengan berkata: "Kisah Tottenham adalah sebegini -- dalam tempoh 20 tahun ini adakah mereka tidak pernah memenangi sesuatu. Kenapa?"
Kata-kata keras itu berlaku kurang daripada dua minggu selepas Richarlison secara terbuka mempersoalkan mengenai minit permainannya yang terhad di sebalik prestasi buruk kelab itu.
Berikutan pemecatan Conte, seorang wartawan daripada penyiar Argentina, TyC Sports, melaporkan bahawa Richarlison telah terlibat dalam memberi kata dua kepada kelab berhubung masa depan pengurus tersebut, tetapi ia pantas dinafikan sekeras-kerasnya.
Menjawab khabar angin di Twitter, Richarlison, pada malam tadi menciap: "Menyoal dan mengkritik saya sebagai pemain mengenai prestasi saya adalah sebahagian daripada bola sepak dan saya faham.
Questioning and criticizing me as a player for my performance is part of football and I got it. However, telling lies about me, I don't accept! I’ve always had a lot of respect for Conte and for all my coaches. pic.twitter.com/uWZmOa8MVx
— Richarlison Andrade (@richarlison97) March 30, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Bagaimanapun, bercakap bohong tentang saya, saya tidak terima! Saya sentiasa menghormati Conte dan kesemua jurulatih saya.
“Dia banyak membantu saya dalam soal kedatangan saya ke Spurs dan setiap kali kami menghadapi masalah (walaupun ia terbuka), kami menyelesaikannya berdasarkan perbincangan dan profesionalisme -- dia sendiri boleh mengesahkannya.
"Saya tidak mengetuai pemberontakan terhadapnya, ia adalah sebaliknya. Saya minta maaf kerana saya tidak mencapai apa yang diharapkannya daripada saya dan saya tidak berusaha cukup keras untuk membolehkannya kekal.
“Apabila dia pergi, saya menghantar mesej kepadanya mengucapkan terima kasih atas segala-galanya dan mendoakan yang terbaik buatnya kerana itulah yang layak diterimanya!
"Sebaliknya, wartawanlah yang bertanggungjawab mengadakan cerita sebegini dan tidak sedikit pun pernah berurusan dengan wakil saya mahupun saya sendiri. Dia menunjukkan sikap profesional yang buruk dan watak yang buruk!"