Ranking Indonesia kini tujuh anak tangga di atas Malaysia
Najmi Iman
November 29, 2024 13:11 MYT
November 29, 2024 13:11 MYT
Kemas kini terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyaksikan Indonesia melonjak naik lima anak tangga di ranking ke-125 dunia, malam tadi.
Dua pertembungan besar dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 memberi nilai tambah yang banyak buat Sang Garuda, sekali gus menjarakkan diri sebanyak tujuh anak tangga daripada Malaysia.
? ⬆️⏫ Peringkat FIFA terbaik dalam ?? ????? terakhir! Terus berjuang ?? ‣ #BersamaGaruda pic.twitter.com/azVj4VKOZz
— Timnas Indonesia (@TimnasIndonesia) November 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Meskipun tewas besar kepada Jepun, skuad kendalian Shin Tae-yong berupaya mengalahkan pasukan di kedudukan ke-59, Arab Saudi 2-0, menerusi jaringan Marselino Ferdinan di Stadium Utama Gelora Bung Karno, seterusnya menaikkan ranking mereka.
Sementara itu, Harimau Malaya sekadar berjaya naik satu anak tangga ke-132 yang dipengaruhi prestasi oleh skuad negara mengalahkan Laos 3-0 dan seri 1-1 dengan India dalam jendela antarabangsa minggu lalu.
Ranking Harimau Malaya | 28 November 2024 Kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini, Malaysia di tangga 132 dunia, berjaya melonjak naik 1 anak tangga berbanding 133 pada kemas kini terdahulu, 24 Oktober. * Kemas kini seterusnya 19 Disember#FAM #HarimauMalaya #FIFARanking pic.twitter.com/iLxg5fxB1v
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.