Ranieri tidak sabar bimbing Nantes
Penulis Jemputan
July 19, 2017 09:56 MYT
July 19, 2017 09:56 MYT
Claudio Ranieri mengakui "masanya sudah tiba untuk melihat ke hadapan" ketika dia mempersiapkan diri untuk cabaran baru di Nantes selepas mencipta kejayaan manis di Leicester City.
Jurulatih popular dari Itali itu mencetuskan kontroversi selepas dipecat skuad Foxes pada Februari lalu -- hanya sembilan bulan selepas memimpin kelab itu untuk kejayaan hebat menjuarai Liga Perdana.
Ranieri kini mengambil alih tugas di Nantes, yang berbeza dengan Leicester, mempunyai lapan gelaran liga domestik.
"Pada Februari, tidak lama selepas saya pergi, terdapat deringan di pintu kami," tulis Ranieri. "Tahun lalu, selepas kami memenangi gelaran itu, saya masih ingat ramai orang berkumpul di luar untuk meraikannya. Penyokong-penyokong turun, bersorak dan menyanyikan lagu.
"Tetapi apabila saya membuka pintu kali ini, saya melihat sesuatu yang berbeza, sesuatu yang saya tidak pernah saya jangka. Orang ramai lebih besar daripada ketika kami memenangi gelaran!
"Mereka membawa coklat, champagne, kad -- segala-galanya! Mereka menangis, mereka memberikan sokongan kepada saya ... ia adalah tempoh yang sangat beremosi.
"Jadi, hidup saya sekarang berada di Nantes, di mana saya dilantik pada bulan lalu tetapi saya masih membawa sesuatu yang sangat istimewa di dalam hati saya: Orang Leicester. Kini sudah tiba masanya untuk melihat ke hadapan.
"Apa yang menarik saya ke Nantes sangat mirip dengan apa yang menarik saya ke Leicester: Peluang untuk melakukan sesuatu yang indah, adakah kami mempunyai lebih banyak kegembiraan? Saya tidak tahu.
"Saya mahu penyokong Nantes tahu bahawa saya akan berusaha keras untuk membuat mereka gembira dan apa yang saya boleh janjikan kepada kelab itu adalah perkara yang sama yang saya janjikan kepada Leicester, saya tidak akan menjanjikan suatu keajaiban.
"Saya hanya berjanji untuk bekerja keras. Selepas 44 tahun dalam bola sepak, itu satu-satunya rahsia yang saya tahu. Itu satu-satunya perkara yang kita boleh pastikan."