Henry Slade dan Henry Arundell telah pulih daripada kecederaan untuk dinamakan sebagai 36 pemain England bagi perlawanan Kejohanan Ragbi Enam Negara menentang Itali di Twickenham hujung minggu ini.

Pemain tengah, Slade, diketepikan ketika England tewas 23-29 kepada Scotland dalam perlawanan pembukaan era Steve Borthwick gara-gara kecederaan pinggang yang dialaminya di peringkat kelab.

Bagaimanapun, pemain berusia 29 tahun itu kini dapat diturunkan untuk menentang Itali -- yang tewas 24-29 kepada Perancis dalam perlawanan pertama -- manakala pemain sayap LondongIrish, Arundell, pula akan turut kembali selepas mengalami kecederaan kaki.

England mengesahkan perkhabaran itu malam tadi sambil memaklumkan penolong ketua pasukan, Courtney Lawes, juga sudah kembali ke Pennyhill Park untuk meneruskan proses pemulihan kecederaan betis.

Bortwick akan mengecilkan skuadnya kepada 23 pemain sebelum bertemu Itali, di mana kedua-dua pasukan itu sedang memburu kemenangan pertama mereka dalam kempen kali ini.