PSV sedia lepaskan Cody Gakpo dengan nilai tinggi

Shaiful Shamsudin
December 13, 2022 10:13 MYT
Cody Gakpo hanya akan meninggalkan PSV untuk bayaran termahal kelab berikutan terus dikaitkan Manchester United dan Real Madrid, menurut Pengarah Bola Sepak PSV, Marcel Brands.
Sebilangan besar kelab elit Eropah dilaporkan berminat dengan pemain antarabangsa Belanda itu yang menjadi pemain kedua dalam sejarah Piala Dunia yang tiga kali membuka tirai jaringan di peringkat kumpulan.
Pemain berusia 23 tahun itu cemerlang mencatat 17 gol dan lapan bantuan jaringan dalam 31 perlawanan musim ini, maka tidak hairanlah Liverpool dan Bayern Munich turut memantaunya.
United disebut-sebut sebagai pilihan utama untuk mengikat khidmatnya selepas usaha menandatangani Gakpo dalam jendela lalu tidak menjadi kenyataan, dan Brands memberi amaran kelibat bintang muda Eredivisie itu memerlukan dana yang besar untuk dipikat.
"Apabila anda bercakap tentang Cody Gakpo dan tanda harganya, berapa banyak kelab yang mampu membeli pemain yang berkaliber sepertinya?," kata Brands ketika tampil bersama Persatuan Penyokong PSV.

3 - Cody Gakpo is the first #NED player ever to score in each of his first three matches at the #FIFAWorldCup. Triple. pic.twitter.com/Zzi1J21NnV

— OptaJohan (@OptaJohan) November 29, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kita bercakap tentang mungkin 10 atau 12 kelab di Eropah. Kami memerlukan kelab di kedudukan yang mampu memenuhi (tanda harga) dan sanggup membelanjakan wang dalam jendela Januari yang biasanya kurang sibuk berbanding musim panas.
"Kami masih belum dapat lihat sama ada ia boleh berlaku. Dia tidak terikat dengan sebarang klausa dan belum ada sebarang tawaran yang dipersetujui. Perjanjian sedia ada dibuat sebelum pelantikan saya lagi.
"Ia harus menjadi rekod perpindahan termahal buat PSV, jadi anda tahu ke arah mana ia menghala."
#PSV #Cody Gakpo
;