PSG terima tawaran Al-Hilal tandatangani Neymar

Ammar Hakim
August 13, 2023 11:39 MYT
Paris Saint-Germain telah menerima tawaran daripada kelab Liga Pro Saudi Al-Hilal untuk menandatangani Neymar.
Penyerang Brazil itu berpindah ke Paris dari Barcelona pada 2017 dan telah mencatatkan 118 perlawanan dalam 173 penampilan untuk gergasi Perancis itu.
Dia telah memenangi lima kejuaraan Ligue 1 dan tiga trofi Coupe de France, namun gagal menjulang Liga Juara-Juara seperti yang dimenanginya di Sepanyol.
Menurut Fabrizio Romano, Al-Hilal membentangkan tawaran 'lumayan' untuk Neymar, dan RMC Sport mendakwa ia diterima oleh PSG pada hari yang sama.
Bagaimanapun, tiada apa-apa yang disahkan, kerana media Perancis itu menambah bahawa Neymar masih belum memberikan 'lampu hijau' terhadap perjanjian tersebut walaupun rundingan 'lanjutan' antara wakilnya dan pihak Saudi telah dijalankan.
Terdapat juga minat terhadap pemain berusia 31 tahun dari MLS, dengan LAFC dianggap sebagai kelab pilihan jika dia memilih berkelana ke Amerika Syarikat.
Walaupun destinasi seterusnya Neymar belum diputuskan, nampaknya dia akan meninggalkan PSG selepas enam tahun.
L'Equipe melaporkan bahawa kedua-dua pihak telah 'bersetuju untuk mencari penyelesaian bersama sebelum berakhirnya jendela perpindahan.
Jika dia benar-benar berpindah ke Al-Hilal, Neymar akan menyertai Ruben Nuves, Kalidou Koulbaly dan Sergej Milinkovic-Savic, yang kesemuanya menyertai musim panas ini.
Pasukan yang sama membuat tawaran rekod dunia sebanyak GBP259 juta untuk rakan sepasukannya, Kylian Mbappe, yang telah menolak perpindahan itu walaupun hubungannya dengan kelab ketika ini semakin keruh.
PSG bagaimanapun melewati permulaan Ligue 1 yang mengecewakan selepas mereka seri tanpa jaringan dengan Lorient, dalam ketiadaan Neymar, Kylian Mbappe dan Marco Verratti.
#Neymar #PSG #Lionel Messi #Kylian Mbappe
;