PSG sedia lepaskan Lionel Messi

Shaiful Shamsudin
April 24, 2023 01:10 MYT
Masa depan Lionel Messi di peringkat kelab masih samar berikutan kontraknya di Paris Saint-Germain (PSG) berakhir hujung musim ini.
Kedua-dua pihak belum mencapai sebarang persetujuan mengenai perjanjian baharu, malah timbul spekulasi mengaitkan pemain berusia 35 tahun itu akan kembali ke Barcelona.
Messi juga telah dikaitkan dengan perpindahan lumayan ke kelab Arab Saudi dan Amerika Syarikat (AS).
Menurut laporan Sunday Mirror, PSG dilaporkan bersedia untuk membenarkan Lionel Messi angkat kaki secara percuma.

?⚽️ Let's take a look back at training this week for our Parisians! ⤵️ pic.twitter.com/gYAAbh3Ud7

— Paris Saint-Germain (@PSG_English) April 23, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rundingan kontrak di antara Messi dan PSG telah tertangguh sejak beberapa bulan lalu sebaik Argentina menjulang Piala Dunia walaupun dilaporkan menghampiri kata putus yang positif.
Begitupun, laporan itu turut mengaitkan PSG tidak tergesa-gesa untuk melanjutkan perjanjian Messi memandangkan Presiden, Nasser Al-Khelaifi, ingin mengukuhkan kewangan kelab itu agar lebih mampan dan kurang bergantung kepada pemain berstatus bintang.
#PSG #Lionel Messi