PSG resah Neymar dibelenggu kecederaan buku lali

Shaiful Shamsudin
February 23, 2023 02:32 MYT
Neymar mengalami kecederaan ligamen pergelangan kaki dan secara tidak langsung dalam keraguan untuk pertemuan timbal balik Liga Juara-Juara (UCL) di antara Paris Saint-Germain (PSG) dan Bayern Munich.
Pemain berusia 31 tahun itu terpaksa meninggalkan padang dengan pengusung ketika PSG menang 4-3 ke atas Lille, kelmarin.
Setelah mencipta gol pembuka buat Kylian Mbappe sebelum mencetak namanya selaku penjaring, Neymar dilihat memegang pada buku lali kanannya susulan terjahan Benjamin Andre pada awal separuh masa kedua.
PSG kemudiannya mengesahkan Neymar tidak mengalami patah tulang dan hanya terseliuh.
Malam tadi, mereka mengumumkan bahawa imbasan lanjut telah mengesan kerosakan ligamen di bahagian itu dan Neymar kini perlu menunggu hingga minggu depan untuk menentukan skala masa pemulihannya.

17 - Neymar has delivered 17 assists to Kylian Mbappé in Ligue 1, the joint highest tally of assists from one player to another since Opta collect the data (2006/07), along with Angel Di Maria to Edinson Cavani. Bromance. #PSGLOSC pic.twitter.com/3mnpcwajw1

— OptaJean (@OptaJean) February 19, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom, tempoh pemulihan standard untuk kecederaan sedemikian adalah antara enam dan lapan minggu, sekali gus mungkin memadam hasratnya untuk aksi timbal balik pusingan 16 itu pada 9 Mac depan.
PSG yang akan menentang Marseille dalam Ligue 1 hujung minggu ini perlu memadam defisit 0-1 ketika bertandang ke Munich kelak.
#Neymar #PSG