Bekas kapten Newcastle United, Alan Shearer, memberikan kritikan pedas kepada Paris St Germain (PSG) yang menentang kelab negeri kelahirannya.

Shearer, yang merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman The Magpies, menyuarakan kekecewaannya di media sosial selepas pengadil Poland, Szymon Marciniak, diminta menyemak semula keputusannya untuk tidak menghadiahkan penalti pasukan pelawat apabila hantaran lintang Ousmane Dembele terkena bahagian bawah lengan Tino Livramento.

Bintang P-S-G, Kylian Mbappe, justeru menjalankan tanggungjawabnya untuk tidak menyia-yiakan peluang terhidang menerusi penalti itu dan memastikan jaringan dari jarak 12 ela itu disempurnakan dengan baik untuk mengikat Newcastle 1-1.

Turut menjadi pengkritik di media sosial, bekas penyerang Newcastle dan England, Michael Owen, yang jelas berang dengan keputusan penalti yang diberikan.

Tidak tehenti disitu, pakar TNT Sports, Ally McCoist, juga melabelkan keputusan Marciniak sebagai "memalukan".

McCoist berkata: “Ia terkena dadanya, kemudian mengenai siku kirinya. Jika itu penalti, kita mungkin melupakannya.

“Jika kami diberikan sepakan penalti untuk itu, ia memalukan. Keputusan itu akan menghantuinya sepanjang malam.”