Fatin Ruzaiman
Fri Nov 03 2023
Luis Enrique menegaskan dia masih dalam fasa awal membangunkan pasukan bimbingannya, Paris St Germain (PSG).
Selepas permulaan musim yang tidak menentu, PSG mula menunjukkan prestasi konsisten bulan lalu dengan membalas kekalahan 1-4 dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) kepada Newcastle menerusi empat kemenangan berturut-turut.
Kemenangan itu melonjakkan kedudukan mereka ke tangga kedua dalam Ligue 1, satu mata ketinggalan di belakang Nice menjelang perlawanan di laman sendiri menentang Montpellier awal pagi esok sambil menunggu aksi 'kumpulan maut' UCL berhadapan Borussia Dortmund, Newscastle dan AC Milan.
Walaupun mempamerkan peningkatan, bekas jurulatih Barcelona dan Sepanyol yang dilantik awal Julai lalu itu berkata, rentak sebenar mereka baru sahaja bermula.
"Ini adalah sebahagian daripada proses pembelajaran," katanya.
"Segala usaha kami berjalan dengan lancar tetapi kami masih berada pada fasa awal dan perlu sentiasa berpegang pada prinsip dan perkara yang perlu kami lakukan...
"Kami sedang menjalani proses pembangunan yang berterusan. Apa yang saya suka dan apa yang kami cuba lakukan ialah mempunyai pasukan yang sukar diramal buat pasukan lawan tetapi mudah buat kami mengetahui kemampuan sebenar.
"Kami perlu mengucar kacirkan pihak lawan tetapi ia bukan dalam kawalan PSG. Proses itu menuntut masa yang lebih lama.
"Saya telah melatih pasukan yang mendominasi perlawanan dan ini bermakna pihak lawan perlu menyesuaikan diri dengan gaya permainan mereka dan akhirnya kami boleh bermain kekal dengan gaya yang sama.
"Itulah sebabnya saya mahukan pilihan yang berbeza dalam pasukan. Saya gembira dengan cara pemain menerimanya dan ini hanyalah permulaan bagi kami."
Papar tifo 'Bebaskan Palestin', Menteri Perancis kritik penyokong PSG
Menteri Dalam Negeri Perancis, Bruno Retailleau, mengkritik penyokong Paris Saint-Germain (PSG) atas keberanian mereka mempamerkan tifo gergasi "Bebaskan Palestin" sebelum perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Atletico Madrid di Parc des Princes awal pagi semalam.
UCL: Gol saat akhir Atletico letak kempen PSG dalam bahaya
Kempen mengecewakan Paris Saint-Germain (PSG) dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) berterusan apabila tewas 1-2 kepada Atletico Madrid awal pagi tadi, yang meletakkan mereka di zon penyingkiran.
UCL: Kai Havertz, Bukayo Saka pacu Arsenal tewaskan PSG
Jaringan Kai Havertz dan Bukayo Saka dalam separuh masa pertama mengesahkan kemenangan selesa 2-0 buat Arsenal menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) di Stadium Emirates, awal pagi tadi.
Ligue 1: Tiada Mbappe tiada masalah buat PSG
Juara Perancis, Paris Saint-Germain, menang 4-1 ke atas Le Havre, memanfaatkan kesilapan tuan rumah di penghujung permainan untuk memulakan musim Ligue 1 mereka dengan permulaan yang cemerlang.
PSG sia-sia kelebihan awal di Austria
Sturm Graz bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk memastikan mengikat Paris Saint-Germain (PSG) dalam perlawanan pertama sejak perpindahan Kylian Mbappe ke Real Madrid.
Kyllian Mbappe sedia dakwa PSG berikutan tunggakan gaji
Penyerang baru Real Madrid, Kylian Mbappe, bersedia untuk mendakwa bekas kelabnya, Paris Saint-Germain (PSG), berhubung tunggakan gaji sebanyak €80j (RM407.44j) yang belum dibayar kepadanya.
MLS: Messi rancang gantung but bersama Inter Miami
Pemenang Ballon d'Or lapan kali, Lionel Messi, mengetahui dirinya semakin kesuntukan masa kerana dia merancang untuk bersara bersama kelabnya kini Inter Miami.
PSG masih hutang Mbappe gaji bulan Februari
Pemain sensasi, Kylian Mbappe, mendakwa bahawa bekas majikannya, Paris Saint-Germain (PSG), masih belum melunaskan gaji serta bonus bulan April sejak Februari lalu.
Saya gembira Lionel Messi menang Piala Dunia -- Sergio Ramos
Pertahanan Sevilla, Sergio Ramos, berasakan gembira selepas bekas rakan sepasukannya di Paris Saint-Germain (PSG) memenangi Piala Dunia 2022, sebelum ini.
Kylian Mbappe sah tinggalkan PSG
Khabar angin yang bertiup kencang sebelum ini menjadi kenyataan apabila penyerang utama Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe, mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan itu.
NBA: Celtics run winning streak to five games
NBA: Celtics post fifth win in row
Mbappe position switch works wonders for Ancelotti
Ancelotti finds new Mbappe role
Orlando City 1-0 Atlanta United: Enrique strike sets up Red Bulls clash
Report: Orlando 1-0 Atlanta
West Indies in control as Bangladesh battle to avoid follow-on
West Indies in complete control
Conte: Napoli need to focus on improvement, not Serie A lead
Conte wants more from Napoli
Borthwick taking positives from 'frustrating' Autumn Series
Borthwick: England have grown
Keane doubts Man Utd will crack top four under Amorim this season
Keane has top-four doubts
Leganes 0-3 Real Madrid: Mbappe and Bellingham score as Blancos close on Barcelona
Report: Leganes 0-3 Real Madrid
Sinner guides Italy to back-to-back Davis Cup triumphs
Sinner seals Davis Cup success
Napoli 1-0 Roma: Lukaku downs former club on Ranieri's return
Report: Napoli 1-0 Roma