Shaiful Shamsudin
Mon Jan 23 2023

JUVENTUS 3 ATALANTA 3
Massimiliano Allegri dan Angel Di Maria menegaskan pemotongan 15 mata Serie A yang dikenakan ke atas Juventus tidak menjejaskan tumpuan masa depan mereka.
Juve dihukum Jumaat lalu membabitkan siasatan urusan perpindahan lalu dan kelab itu dijangka akan membuat rayuan bagi meringankan hukuman berkenaan.
Malah, ia menguatkan lagi tekad semangat barisan kendalian Allegri itu untuk menyelamatkan kempen mereka apabila seri 3-3 ketika melayani kunjungan Atalanta, awal pagi tadi.
Keputusan itu menyaksikan Bianconeri -- yang berada di tempat ketiga sebelum pemotongan mata -- memanjat ke tangga kesembilan, tetapi masih ketinggalan 14 mata dengan kelab di tangga keempat, Roma, dalam pemburuan tiket Liga Juara-Juara (UCL).
Allegri berikrar untuk kekal di Juve selepas hukuman itu dan mengulangi komitmennya awal pagi tadi, sambil mencadangkan dia telah membuat pilihan tepat untuk menolak lamaran Madrid pada Julai 2021 biarpun kontraknya telah dipersetujui sebelum tawaran daripada Bianconeri menjelma.
"Saya tidak pernah menyesali pilihan saya ini memandangkan ia adalah satu pilihan yang tepat pada masa itu," katanya kepada Sky Sport Italia.
“Saya sangat gembira dapat berada di Juventus, dalam kehidupan sentiasa ada kesukaran yang akan membantu anda untuk berkembang, saya gembira menjadi sebahagian daripada kelab ini dan saya tidak menyesal.
"Ketika membuat pilihan, saya yakin dengan mereka dan sudah tentu, saya tidak mampu meramalkan masa depan.
"Kami sedang membentuk pemain muda dan terdapat asas yang baik untuk masa depan."
Jaringan Danilo pada minit ke-65 mengikat kedudukan 3-3 yang menyaksikan Di Maria terlebih memadam jaringan awal Ademola Lookman menerusi sepakan penalti.
"Adalah sukar untuk ketinggalan 20 mata secara tiba-tiba, tetapi jika kami terus bekerja dengan mentaliti sebegini maka kami mampu mencapai sesuatu yang luar biasa," kata Di Maria -- yang menandatangani kontrak selama setahun pada Julai lalu -- kepada DAZN.
"Tiada yang mustahil di sini. Kami sentiasa melihat Juve di hadapan dan menang. Yang penting ialah terus berusaha untuk mencapai tempat keempat.
"Situasi saat ini tidak memberi kesan pada masa depan saya. Saya akan memuktamadkan keputusan masa depan saya di samping keluarga, malah mereka juga gembira di sini. Kelab ini adalah salah satu yang kelab terbesar di Itali dan Eropah."

Adrien Rabiot belum putuskan nasib di Juventus
Pemain tengah Perancis, Adrien Rabiot, belum mahu memuktamadkan perjanjian untuk kekal di Juventus meskipun kontraknya hanya berbaki hingga hujung musim ini.

Prestasi kelab Itali di Eropah baik untuk Serie A
Simone Inzaghi telah mengucapkan tahniah kepada Milan dan Napoli kerana menyertai Inter pada suku akhir Liga Juara-Juara dan berkata ia adalah 'langkah besar' untuk Serie A.

UEL: Mourinho sindir Juventus, Lazio selepas Roma layak ke suku akhir
Jose Mourinho memberikan sindiran kepada pasukan seteru dalam Serie A, Juventus dan Lazio, selepas AS Roma layak ke suku akhir Liga Europa (UEL) awal pagi tadi.

UEL: Vlahovic, Chiesa pastikan Juventus ke suku akhir
Dusan Vlahovic dan Federico Chiesa menemui sasaran ketika membantu Juventus menewaskan 10 pemain Freiburg 2-0, sekali gus layak ke suku akhir Liga Europa (UEL) dengan kemenangan agregat 3-0 awal pagi tadi.

Locatelli: Di Maria hadirkan mentaliti 'sang juara' kepada Juve
Manuel Locatelli memuji pemain 'fenomena', Angel Di Maria, dengan menyatakan rakan sepasukannya di Juventus 'dalam kategori lain' selepas kemenangan tipis mereka ke atas Freiburg.

UEL: Allegri pantau kecergasan Pogba menjelang pertemuan dengan Freiburg
Kecergasan Paul Pogba akan dinilai menjelang pertemuan Liga Europa Juventus dengan Freiburg awal pagi esok, dengan pemain tengah itu masih mengintai permulaan pertamanya sejak kembali ke Bianconeri.

Serie A: Kepulangan Pogba bawa tuah buat Juventus dalam Derby della Mole
Paul Pogba menamatkan penantian panjangnya untuk kembali mewakili Juventus pada ketika skuad Bianconeri itu bangkit daripada ketinggalan sebanyak dua kali untuk mengatasi pasukan seteru tradisi, Torino, 4-2 dalam aksi 'Derby della Mole' awal pagi tadi.

Pogba perlukan masa temui sentuhan terbaik -- Allegri
Massimiliano Allegri menerima bahawa Paul Pogba akan mengambil masa untuk mencapai tahap terbaik ketika pemain tengah itu bersiap sedia untuk membuat penampilan pertama buat kali kedua yang ditunggu-tunggu untuk Juventus.

UEL: Angel Di Maria lakar hatrik dengan bergaya
Massimiliano Allegri memuji impak diperagakan Angel Di Maria selepas jaringan hatrik pemain sayap itu membantu Juventus menewaskan Nantes secara agregat 4-1, sebentar tadi, untuk mara ke pusingan 16 Liga Europa.

Liga Europa: Juventus sudah jangka masalah kecergasan Federico Chiesa
Massimiliano Allegri sememangnya sudah menjangkakan bahawa Federico Chiesa akan bergelut dengan isu kecederaan yang akan menghalangnya beraksi minggu ini.

Netherlands' Van Dijk relishing Mbappe showdown
European heavyweights collide when France host the Netherlands on Friday, with Kylian Mbappe set to go up against Virgil van Dijk.

D.C. United v New England Revolution: Preview and prediction
Wayne Rooney's D.C. United are winless in three, and go up against an in-form New England Revolution side at Audi Field on Saturday in MLS.

Mbappe reveals Griezmann was 'disappointed' to miss out on France captaincy
Didier Deschamps named Kylian Mbappe as his new captain this week, with that decision coming as a disappointment to Antoine Griezmann.

'We are waiting for you there!' – Rodrygo would welcome Ancelotti appointment as Brazil boss
Carlo Ancelotti continues to be linked with the Brazil job following the departure of Tite after December's World Cup exit.

Aspas urges Veiga to stay with Celta as 'four of Premier League top 10' weigh up €40million offers
Gabri Veiga is enjoying a breakout season for Celta Vigo and might already be worth far more than his apparent €40million release clause.

Man Utd and Wolves charged for behaviour towards officials
Heated games at Old Trafford and Molineux in the FA Cup and Premier League have led to charges for Manchester United and Wolves.

Spain 'had no plan B' with Luis Enrique – Iago Aspas points to reason for World Cup failure
Spain flopped out of the World Cup when Morocco snatched a stunning scalp, and Iago Aspas feels more could have been done to avoid the exit.

Swiss Open: Zii Jia overcomes Iskandar Zulkarnain's mentee to check into last eight
Lee Zii Jia checked into the Swiss Open quarter-finals after a straight game 21-19, 21-15 victory over Irish opponent Nhat Nguyen on Thursday.

Delay to Man Utd sale could lead to 'vacuum' that impacts transfer business
The deadline to bid for Manchester United passed on Wednesday, though two of the main interested parties reportedly asked for an extension.

LaLiga files eighth complaint after Vinicius suffers racist abuse during Clasico
Vinicius Junior was subject to racist abuse during Real Madrid's Clasico defeat to Barcelona at Camp Nou on Sunday.