PKBM persatuan pertama sasar pingat emas di Olimpik

Najmi Iman
May 5, 2024 21:31 MYT
Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh, mempertahankan tindakan mengumumkan sasaran satu pingat emas temasya Sukan Olimpik Paris, Julai depan.
Ini kerana, persatuan sukan kebangsaan patut berani membuat keputusan bagi menentukan hala tuju atlet negara.
Malah jaguh trek negara, Datuk Azizulhasni Awang juga bersetuju bahawa hanya pingat emas menjadi sasaran pada penampilan terakhirnya di Sukan Olimpik itu.
"Kami menyasarkan satu pingat emas dalam acara keirin di Sukan Olimpik Paris. Kami akan memberitahu pihak Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengenai sasaran itu dan kami percaya bahawa kerajaan Malaysia akan menyokong tindakan itu," kata Timbalan Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh.
Azizul, penggalas harapan terbaik untuk menamatkan penantian emas selama 68 tahun, sejak Malaysia membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik Melbourne 1956.
#Berbasikal #Sukan Olimpik
;