Pjanic pernah tolak tawaran wakili Perancis

Muzaffar Musa
November 10, 2020 08:38 MYT
Miralem Pjanic berkata dia pernah diberikan tawaran untuk mewakili Perancis tetapi berasa akan mengkhianati Bosnia-Herzegovina sekiranya menerima tawaran itu.
Pemain tengah Barcelona itu dilahirkan di Tuzla, yang terdahulu berada dalam negara Yugoslavia, sebelum keluarganya berpindah ke Luxembourg tidak lama selepas Perang Bosnia.
Pjanic mewakili skuad remaja Luxembourg sewaktu zaman mudanya dan menandatangani kontrak dengan Metz pada usia 14 tahun sebelum menyertai Lyon.
Dan ketika beraksi dalam Ligue 1, dia mendapat panggilan telefon daripada ketua jurulatih Perancis, Raymond Domenech, mengenai peluangnya untuk mewakili skuad Les Bleus itu.

?? First senior call-up for Marcus Thuram ✅ ? Who would you pick to lead the attack?#NationsLeague | @MarcusThuram https://t.co/BN9UC9OI1Q

— UEFA EURO 2020 (@EURO2020) November 5, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Benar, saya mungkin bermain untuk pasukan Perancis ketika saya tiba di Lyon tetapi saya katakan beberapa hari sebelum itu bahawa impian saya adalah bersama Bosnia," kata Pjanic, 30, kepada Canal Plus.
"Domenech menghubungi saya tetapi saya sudah membuat keputusan. Sudah pasti saya berterima kasih kepadanya tetapi saya memilih untuk menjadi realistik.
"Bagi saya, pasukan Perancis teralu banyak pemain pada ketika itu dan ia akan menyakitkan hati saya dari sisi lain apabila Bosnia melihat pemain mereka mewakili pasukan Perancis," katanya.
Pjanic, yang menyertai Barca daripada Juventus pada Jun lalu, kini sedang bersedia mewakili Bosnia-Herzegovina menjelang perlawanan persahabatan menentang Iran sebelum bertemu Belanda dan Itali dalam Liga Negara-Negara Eropah.
#Barcelona #Bosnia-Herzegovina #Perancis #Miralem Pjanic #Persahabatan Antarabangsa
;