Shaiful Shamsudin
Thu Jul 28 2022

Timo Werner dan RB Leipzig saling melengkapi ketika mencipta musim cemerlang selama empat tahun, tetapi kelab Bundesliga itu enggan mengesahkan sama ada mereka berminat untuk menghidupkan semula hubungan berkenaan.
Pengurus Leipzig, Domenico Tedesco, dalam sidang akhbar malam tadi memberitahu bahawa idea itu sama sekali tidak manis di sebalik mereka berkemungkinan hilang khidmat Konrad Laimer yang dipantau Bayern Munich.
Menurutnya: "Timo Werner bukan pemain saya, bukan pemain kami. Dia pemain Chelsea dan saya mempunyai pendapat yang sangat jelas tentang itu.
"Ia bukan untuk diulas, dia bukan mewakili pemain yang menjadi milik kami, yang terikat kontrak dengan kami. Saya rasa ia ada kaitan dengan saling menghormati. Dan ia hanyalah satu prinsip penting yang saya tetapkan kepada diri sendiri."
Didesak sama ada dia boleh mengesahkan sebarang minat pengurusan terhadap penyerang Jerman itu, Tedesco berkata: "Tidak, saya tidak boleh (mengulas lanjut). Saya tidak boleh kerana seperti yang saya katakan, saya tetap dengan pendirian itu, dia adalah pemain Chelsea dan selebihnya diada-adakan."
Werner menjaringkan 34 gol dalam 45 perlawanan dalam musim terakhirnya di Leipzig. Begitupun di kem The Blues, dia melakar 23 gol dalam 89 penampilan setakat ini.
Leipzig bakal berdepan Bayern dalam Piala Super DFB, Ahad ini, dan Tedesco percaya juara Jerman itu secara kolektif lebih mantap menjelang musim depan berbanding 12 bulan lalu, biarpun kehilangan penyerang berbisa , Robert Lewandowski, yang berkelana ke Barcelona.
Sadio Mane, Ryan Gravenberch, Noussair Mazraoui dan Matthijs de Ligt tiba di Bayern, lantas Tedesco berkata: "Mereka lebih fleksibel daripada sebelum ini. Tetapi sudah tentu, ini adalah cerita yang berbeza kerana saya fikir Lewandowski akan dirindui. Bukan hanya dalam permainan ini tetapi secara umum kerana dia menjaringkan banyak gol buat mereka.
"Namun, Bayern telah mengukuhkan skuad dan saya fikir mereka mempunyai skuad yang lebih ampuh berbanding tahun lalu."

DFB-Pokal: Gol Nkunku, Szoboszlai pastikan RB Leipzig pertahan kejuaraan
Christopher Nkunku dan Dominik Szoboszlai menemui sasaran untuk RB Leipzig mempertahankan gelaran DFB-Pokal dengan menewaskan Eintracht Frankfurt 2-0 dalam aksi final di Olympiastadion awal pagi tadi.

UCL: Haaland pecah rekod jaring lima gol bantu Manchester City mara bergaya ke suku akhir
Lima gol yang dijaringkan Erling Haaland membawa Manchester City ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan cukup bergaya apabila membelasah RB Leipzig 7-0 dalam perlawanan kedua pusingan 16 awal pagi tadi.

City hanya akan dinilai berdasarkan kejayaan dalam UCL -- Guardiola
Pep Guardiola mengakui eranya bersama Manchester City hanya akan dinilai dengan kejayaan dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) walaupun mereka masih berjuang memburu tiga gelaran musim ini.

Benteng kental bantu Dortmund pintas Bayern di puncak Bundesliga
Edin Terzic memuji kekentalan pertahanan Borussia Dortmund untuk menyamai rekod kemenangan kelapan berturut-turut kelab dalam Bundesliga dengan menundukkan pencabar kejuaraan, RB Leipzig, 2-1, awal pagi tadi.

Bundesliga: Leipzig bangkit ikat Bayern Munich
Bayern Munich keciciran dua mata selepas terikat 1-1 dengan RB Leipzig dalam perlawanan Bundesliga di Arena Red Bull awal pagi tadi.

UCL: Manchester City tidak ambil mudah cabaran Leipzig
Pengarah Manchester City, Txiki Begiristain, percaya pasukannya akan berdepan laluan sukar dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah apabila diundi menentang RB Leipzig dalam majlis undian malam tadi.

Piala Dunia Qatar: Kecederaan paksa Werner diketepikan
Penyerang Jerman, Timo Werner, bakal terlepas Piala Dunia Qatar selepas mengalami kecederaan koyak ligamen buku lali ketika bermain untuk RB Leipzig dalam Liga Juara-Juara Khamis lalu.

UCL: Ancelotti enggan kritik Real Madrid selepas tewas mengejut kepada RB Leipzig
Carlo Ancelotti berkata dia 'tidak sakit hati' dengan prestasi Real Madrid selepas tewas mengejut 2-3 di tangan RB Leipzig dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.

Modric terlepas aksi bertemu RB Leipzig
Real Madrid akan beraksi tanpa Luka Modric apabila menentang RB Leipzig dalam saingan Liga Juara-Juara awal pagi esok.

UCL: Ancelotti tabik Asensio selepas pastikan kemenangan Madrid ke atas Leipzig
Carlo Ancelotti menzahirkan penghormatan istimewanya buat pemain gantian, Marco Asensio, selepas Real Madrid mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas RB Leipzig dalam aski Kumpulan F, Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.

Manchester City treble-winners can be judged among the greats – Pep Guardiola
City beat Inter Milan 1-0 in Istanbul to add the Champions League to their Premier League and FA Cup successes.

Rio Ferdinand: We all agree Pep Guardiola is one of greatest managers ever
The Spanish manager secured a 12th major trophy with City.

Pep Guardiola emotional as Manchester City win Champions League to seal treble
Rodri’s lone strike took the trophy back to the Etihad Stadium.

Live – Treble-chasing Manchester City face Inter Milan in Champions League final
City are looking to win the competition for the first time.

India bid hit by stunning Cameron Green catch after Australia set record target
Australia set India an unprecedented 444 to win in just over four sessions in the World Test Championship final.

Novak Djokovic faces Casper Ruud in French Open final with history in his sights
The Serbian can become the most successful man ever by defeating Casper Ruud.

Singapore Open: Aaron-Wooi Yik, Tang Jie-Ee Wei halted in semis
Malaysia's participation at the Singapore Open ended in the semi-finals following losses to Chen Tang Jie-Toh Ee Wei and Aaron Chia-Soh Wooi Yik on Saturday.

Katie Swan to face Yanina Wickmayer in Surbiton Trophy final
Swan could go on to claim the British number one ranking if she lifts the title.

Manchester City owner Sheikh Mansour in Istanbul to watch Champions League final
It will only be the second game he has attended since his investment vehicle, the Abu Dhabi United Group, purchased City in 2008.

Justin Rose recalls ‘magical’ US Open triumph 10 years on
Rose won his first, and so far only, major title at Merion a decade ago.