Piala Shopee: Terengganu putih mata sebab kesilapan individu -- Steinbruckner

Shaiful Shamsudin
September 26, 2024 17:22 MYT
Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner, bingung memikirkan kesilapan individu yang menjadi batu penghalang skuadnya mengisi slot dua terbaik kumpulan dalam Kejohanan Kelab ASEAN (ACC), Piala Shopee malam tadi.
Ketika pasukan mendominasi permainan, Steinbruckner berasakan nasib mampu menyebelahinya sebelum jaringan sendiri Ubaidullah Shamsul Fazili untuk kegagalan Skuad Peteh mengutip mata penuh.
Kemenangan yang diharapkannya tidak menjadi kenyataan, malah peluang Terengganu untuk melangkah lebih jauh dalam kejohanan kali pertama ini makin tipis.
""Sudah tentu saya tidak boleh gembira dengan keputusan ini.
"Tetapi saya tetap berpuas hati dengan prestasi anak buah yang menonjolkan persembahan terbaik selain mengawal sebahagian permainan kerana itulah yang saya mahukan, " katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom sejurus perlawanan.
#bola sepak #Terengganu #ACC Shopee Cup #Tomislav Steinbrückner