PENANG FC 0 SRI PAHANG FC 5
Sri Pahang FC menghidupkan peluang untuk ke suku akhir Piala Malaysia selepas membelasah Penang FC 5-0 di Stadium Bandaraya, George Town sebentar tadi.
Hatrik Kenny Athiu selain masing-masing satu gol daripada Abubakar Yakubu dan Abdul Malik Mat Arif memastikan pasukan Tok Gajah itu kini mengumpulkan enam mata daripada empat perlawanan.
Skuad kendalian Dollah Salleh itu membuka jaringan seawal minit ke-11 apabila Athiu melepaskan rembatan jarak jauh dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Penang, Bryan See.
Berselang 10 minit, giliran Yakubu menggandakan kelebihan Sri Pahang, juga menerusi rembatan jarak jauh dari luar kawasan penalti.
Sri Pahang kian selesa menjelang ke bilik persalinan apabila Athiu memperoleh jaringan kedua peribadinya dengan menanduk masuk lintangan Manuel Hidalgo pada minit ke-35.
Tiada sebarang petanda untuk Tok Gajah mengendurkan asakan dalam babak kedua dan mereka memperoleh gol keempat pada minit ke-58 menerusi penyudah Abdul Malik susulan lambungan awal Faisal Rosli.
Athiu kemudian memastikan bola perlawanan itu menjadi miliknya sebaik melengkapkan hatrik pada lapan minit terakhir menerusi gerakan solo cantik dari dalam kawasan penalti lawan.
Enam mata yang dikumpulkan Sri Pahang itu menyaksikan mereka kini hanya ketinggalan satu mata di belakang Sarawak United dan dua mata di belakang Kuala Lumpur City FC selepas kedua-dua pasukan teratas Kumpulan A itu terikat 2-2 dalam satu lagi perlawanan di Larkin.
Keputusan Kumpulan B:
Kuching City FC 1-2 Selangor FC
Terengganu FC 4-0 Perak FC
Kredit foto: Sri Pahang FC
Muzaffar Musa
Wed Nov 03 2021
KBS tingkat tahap keselamatan atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan meningkatkan tahap keselamatan atlet terutama nama-nama besar dalam negara susulan serangan yang mencederakan dua pemain bola sepak kebangsaan sebelum ini.
Separuh masa Liga Super: Negeri Sembilan berhasil robek gawang JDT di SSI
Negeri sembilan berhasil merobek gawang JDT dalam aksi pertama Harimau Selatan musim ini biarpun ketinggalan 1-2 menjelang separuh masa perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri ketika ini.
Kesebelasan utama: JDT turun skuad terkuat hadapi Negeri Sembilan
Johor Darul Ta'zim (JDT) kelihatan cukup bersedia untuk meraih kemenangan pertama musim ini apabila membariskan kesebelasan terkuat menjelang aksi menentang Negeri Sembilan bagi perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahm (SSI), Iskandar Puteri sebentar nanti.
Liga Super: Sabah cemerlang raih kemenangan pertama atasi Kelantan
Sabah cemerlang meraih kemenangan pertama musim ini apabila mengatasi Kelantan Darul Naim 3-2 dalam perlawanan Liga Super di Kota Bharu sebentar tadi.
Jangan ganggu, biar polis teliti siasatan - FAM
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta peminat dan penyokong bola sepak memberi ruang kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan terhadap insiden yang berlaku ke atas tiga pemain baru-baru ini.
Liga Super: Terengganu terima tajaan keseluruhan RM8.3 juta
Terengganu menerima keseluruhan tajaan lebih RM8 juta bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2024/2025 musim ini.
TMJ seru 'stop violence in football'
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, menyeru agar segala bentuk keganasan dihentikan serta-merta dalam arena bola sepak negara.
AFC Perkenal empat kejohanan baru
Menjelang pembukaan musim baru 2024/2025, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), memperkenalkan empat siri kejohanan baru bagi benua Asia yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Piala FA: Cabaran sukar menanti Selangor, JDT bertemu Kelantan di pusingan 16
Selangor bakal menempuh perjalanan sukar untuk membawa cabaran ke final Piala FA apabila diundi bertemu Negeri Sembilan dalam saingan pusingan 16.
Liga Super: Bruno percaya gandingan bersama Ifedayo bakal manfaat PDRM
'Saya dapat hidu sesuatu istimewa', demikian laungan amaran perancang utama PDRM, Bruno Suzuki, yang sedia untuk menggempur gawang kendalian, Haziq Nadzli, dalam aksi kedua Liga Super, pada Sabtu.
'We played harder' – Carlisle proud of Pacers' efforts after Indiana force Game 7
The Indiana Pacers bounced back from a heavy defeat in Game 5 to beat the New York Knicks and force the series to go the distance.
Austin FC v Sporting Kansas City: Vermes urges players to take ‘accountability’
Preview: Austin v Sporting KC
Elneny to leave Arsenal following eight-year stint
Elneny leaving Arsenal
PGA Championship: Scheffler left 'shocked and shaking' after arrest
Scheffler left 'shocked' at arrest
Seattle Sounders v Vancouver Whitecaps: Sartini targets immediate response
The Seattle Sounders host the Vancouver Whitecaps in a Cascadia Cup tussle in MLS on Saturday.
NBA: Siakam leads Pacers past Knicks to force Game 7 in East semifinals
The Pacers remained unbeaten at home in this postseason with a 116-103 win over the Knicks to force Game 7 in New York on Sunday
San Jose Earthquakes v Orlando City: Gonzalez certain things will turn
The struggling San Jose Earthquakes host Orlando City in MLS this weekend.
Toronto FC v CF Montreal: Courtois accepts blame amid ongoing winless streak
Courtois wants end to winless run
Jarry defeats Paul to set up Zverev showdown in Italian Open final
Jarry sets up Zverev final in Rome
Fiorentina 2-2 Napoli: Kvaratskhelia keeps visitors' slim European hopes alive
Report: Fiorentina 2-2 Napoli