Piala Malaysia: Putrajaya Antlers enggan sekadar jadi pelengkap

Shaiful Shamsudin
October 17, 2024 15:22 MYT
Penolong pengurus Putrajaya Antlers, Nik Khuzaimi Nudin, memaklumkan pihak pengurusan berpuas hati dengan prestasi ditampilkan kelab itu dalam kempen Liga A1 Semi-Pro MBSB Bank Championship yang turut menyaksikan mereka layak beraksi dalam Piala Malaysia 2024/2025.
Dia percaya penampilan sulung skuad kendalian Nazrulerwan Makmor itu dalam Piala Malaysia bukanlah sekadar sebagai pasukan pelengkap, sebaliknya bertekad memberikan saingan kepada kelab Liga Super.
"Pengurusan bnerpuas hati dengan kelayakan ke Piala Malaysia.
"Walaupun kami pasukan baru, kami sedia memberi saingan kepada kelab Liga Super," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Suhaimi.
Dalam perkembangan sama, dia turut berharap penjenamaan semula kelab yang sebelum ini dikenali dengan PT Athletic kepada Putrajaya Antlers mampu menarik lebih banyak sokongan terutama daripada komuniti sekitar Putrajaya.
"Penjenamaan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk merapatkan kelab dengan komuniti, jadi harapan kami lebih ramai yang akan memberi sokongan kepada Putrajaya Antlers," katanya.
Untuk rekod, selain Putrajaya Antlers, dua lagi kelab A1 Semi-Pro yang layak ke Piala Malaysia musim ini ialah Kuala Lumpur Rovers serta Melaka.
#bola sepak #Liga A1 Semi-Pro #Putrajaya Antlers
;