Piala FA: Paul Pogba kembali perkuat Manchester United
Muzaffar Musa
February 4, 2022 12:25 MYT
February 4, 2022 12:25 MYT
Paul Pogba akan menjadi taruhan Ralf Rangnick buat kali pertama dalam perlawanan Piala FA awal pagi esok selepas pemain tengah Manchester itu disahkan pulih sepenuhnya daripada kecederaan.
Pogba tidak pernah beraksi sejak November lalu gara-gara kecederaan kelangkang yang dialaminya sewaktu sesi latihan bersama skuad kebangsaan Perancis.
Walaupun United tidak menetapkan tempoh pemulihan pemain itu, mereka pada bulan lalu menjangkakan Pogba perlu berehat sekurang-kurangnya untuk sebulan lagi.
Pogba, yang kontraknya bersama United akan tamat pada penghujung musim ini, menjalani pemulihan di Dubai -- satu keputusan yang dipersoalkan Rangnick secara terbuka.
Di sebalik pertikaian itu dan masa depan Pogba yang masih kabur bersama kelab berkenaan, Rangnick kelihatan sudah bersedia untuk menurunkan pemain tengah itu beraksi dalam perlawanan Piala FA menentang Middlesbrough awal pagi esok.
"Benar, Paul akan berada bersama pasukan, dia mungkin akan berada dalam kesebelasan utama," kata Rangnick kepada wartawan.
"Masih ada beberapa pemain yang tidak dapat diturunkan: Edi Cavani hanya dapat kembali beraksi hujung minggu ini. Dia menghubungi saya minggu lalu dan bertanyakan sama ada dia boleh berehat selama beberapa hari lagi di rumah dan saya membenarkannya kerana saya sedar dia tidak boleh beraksi dalam kesebelasan utama (menentang Boro) dengan kepenatan selepas penerbangan dan hanya dapat kembali hari ini atau malam tadi, jadi dia tidak akan bersama pasukan ini.
Preparing for Middlesbrough. #MUFC | #FACup pic.twitter.com/QC0HwuayDF
— Manchester United (@ManUtd) February 3, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Victor Lindelof tidak sihat sepanjang minggu ini dan tidak berlatih, jadi dia juga tidak dapat diturunkan, sama seperti Jesse Lingard (tidak menyertai latihan). Dia meminta untuk bercuti selama beberapa hari untuk menenangkan mindanya, jadi dia akan kembali berlatih pada Isnin ini dan menjadi pemain utama pasukan ini sekali lagi.
"Eric Bailly kembali ke sini semalam dan mengalami kecedeaan bengkak buku lalu dan tidak akan terlibat dengan skuad ini tetapi pemain lain semua boleh diturunkan," katanya.
#bola sepak
#Manchester United
#Paul Pogba
#Middlesbrough
#Ralf Rangnick
#Liga Perdana Inggeris
#Piala FA Inggeris