Ammar Hakim
Mon Mar 20 2023

Marco Silva berang kepada pengadil, Chris Kavanagh, dan pengadil yang mengendalikan sistem VAR selepas kekalahan Fulham dalam aksi Piala FA di Manchester United, mendakwa pasukannya bersusah payah bertahan sebelum menerima layangan kad merah.
The Cottagers tunduk dengan sembilan pemain di Old Trafford apabila mereka melepaskan kelebihan 1-0 dan akhirnya tewas 3-1 selepas ketua jurulatih, Silva, penyerang, Aleksandar Mitrovic dan pemain tengah Willian semuanya dilayangkan kad merah berturut-turut.
Fulham berada di landasan untuk penampilan pertama mereka dalam empat terakhir pertandingan sejak 2002, tetapi harapan mereka padam apabila keadaan menjadi huru-hara apabila pengadil, Kavanagh menghadiahkan penalti kepada United 18 minit sebelum tamat.
Selepas berunding dengan VAR, dan Silva yang dilayangkan kad merah untuk bantahannya, Kavanagh mengarah Willian keluar padang kerana menahan bola dengan tangan ketika Jadon Sancho melakukan percubaan, manakala Mitrovic mengikuti langkah sama apabila membantah keputusan pengadil tersebut.
Silva meminta keputusan VAR yang lebih konsisten selepas berasakan pasukannya sepatutnya dihadiahkan dua penalti pada separuh masa pertama, mendakwa Kavanagh sudah menimbulkan kemarahannya dengan beberapa keputusan menentang pasukannya musim ini.
“Sehingga saat penalti dan kad merah, kami jelas pasukan yang lebih di atas padang,” kata Silva kepada BBC. “Pemain mengikuti perancangan, kami berani mengawal perlawanan menentang Manchester United dan saya percaya kami jelas menunjukkan kualiti kami.
"Sungguh memalukan pengadil tidak mengambil kira semakan VAR untuk separuh masa pertama. Sukar untuk menjadi Fulham di Old Trafford, VAR juga berasakan tekanan. Bagi kami, sukar untuk memahami mengapa mereka tidak melakukan perkara yang sama."
Silva menambah, bercakap kepada ITV, "Bagi saya, (penalti) adalah keputusan yang boleh diambil oleh VAR, tetapi apa yang sukar untuk kami fahami ialah mengapa dua situasi sama dalam kotak mereka pada separuh masa pertama -- dan salah satunya ialah penalti yang jelas ke atas Mitrovic -- tiada siapa yang menyemak atau mahu melihat semula.
“Chris berada dalam perlawanan yang kami lawan di West Ham di mana kami tewas dengan dua situasi bola terkena tangan yang jelas, kami menerima permohonan maaf atas kesilapan.
"Perlawanan terakhir di Leeds dalam Piala FA, dia sekali lagi. Dan untuk perlawanan yang berada di suku akhir, dia sekali lagi, sukar untuk difahami.
"Sudah tentu, kami menghormati bahawa dia adalah pengadil terbaik di negara ini, saya menerimanya. Tetapi malangnya bagi kami, dengan kami, dia benar-benar tidak berpuas hati musim ini."

Final Piala FA: Manchester United sedang bina sesuatu istimewa bersama Ten Hag -- Fernandes
Bruno Fernandes percaya Manchester United sedang membina sesuatu yang istimwa di bawah bimbingan Erik ten Hag dan ketua pasukan itu berasa bersyukur pengendali berkenaan masih meletakkan kepercayaan kepada dirinya biarpun mendapat kritikan hebat sewaktu mereka dibelasah Liverpool 7-0 sebelum ini.

Final Piala FA: Manchester City akan tampil dengan kekuatan penuh
Pasukan yang sedang memburu gelaran 'treble' musim ini, Manchester City, akan tampil dengan kekuatan penuh menjelang perlawanan final Piala FA menentang seteru tradisi, Manchester United, malam ini.

Man United dijangka tawar Harry Maguire ke Chelsea
Harry Maguire dijangka disertakan dalam usaha Manchester United mendapatkan khidmat Mason Mount dari Chelsea.

Mason Mount capai persetujuan syarat peribadi bersama Man United
Menurut talkSPORT, bintang Chelsea, Mason Mount, telah bersetuju dengan syarat peribadi dengan Manchester United dan The Red Devils kini dijangka membentangkan bidaan rasmi pertama mereka.

Neymar hanya mahu sertai Man United jika tinggalkan PSG
Neymar dilaporkan berminat untuk menyertai Manchester United pada musim panas ini dan tidak berhasrat untuk meninggalkan Paris Saint-Germain untuk mana-mana kelab lain.

Piala FA: Anthony Martial terlepas aksi final ekoran kecederaan
Penyerang Manchester United, Anthony Martial, telah diketepikan daripada perlawanan akhir Piala FA menentang Manchester City Sabtu ini kerana kecederaan hamstring.

Maguire perlu buat keputusan mengenai masa depan bersama Man United -- Ten Hag
Erik ten Hag telah membayangkan bahawa Harry Maguire mungkin meninggalkan Manchester United pada musim panas ini jika pemain pertahanan itu memutuskan dia tidak berpuas hati dengan kekurangan masa bermain.

David De Gea: Manchester United bersedia untuk satu lagi pertempuran ‘istimewa’
Manchester United telah berjuang untuk kejayaan sepanjang tahun dan David De Gea berkata mereka bersedia untuk satu lagi pertempuran 'istimewa' menentang Manchester City dalam perlawanan akhir Piala FA.

Neymar mampu menyerlah bersama Manchester United -- Willian
Bekas rakan sepasukan Neymar di kem Brazil, Willian, percaya penyerang itu berkemampuan untuk membintangi mana-mana pasukan apabila dia terus dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United.

Ten Hag kecapi detik pertama dinantikannya bersama United
Erik ten Hag harus tidak boleh dipersalahkan jika pengurus dari Belanda itu beranggapan tugas besar pertama dalam musim pengenalannya bersama Manchester United sudah pun terlaksana.

Erol Bulut named new Cardiff manager
Cardiff owner Vincent Tan is impressed by the former Fenerbahce coach’s experience.

Rafael Nadal expected to miss five more months after surgery on his left hip
The 22-time grand slam champion underwent the procedure on Friday evening at a clinic in Barcelona.

Harry Tector half-century helps Ireland hold up England victory charge at Lord’s
Josh Tongue, Jack Leach and Joe Root claimed wickets but Ireland made it through until lunch on day three.

Josh Tongue named in unchanged England squad for first Ashes Tests
Tongue made his Test debut against Ireland at Lord’s with James Anderson and Ollie Robinson rested.

Max Verstappen tops rain-hit final practice for Spanish Grand Prix
Verstappen’s Red Bull team-mate Sergio Perez was second with Lewis Hamilton third.

Guenther Steiner summoned to stewards following criticism of F1 officials
The Haas team principale criticised the punishment given to Nico Hulkenberg in Monaco.

David Warner to retire from Test cricket after Ashes and Pakistan series
The Australia opener, 36, ruled out playing on beyond January.

Wimbledon champion Elena Rybakina pulls out of French Open due to illness
A virus forced the fourth seed out minutes before she was due to face Sara Sorribes Tormo in the third round.

Malky Mackay does not want his Ross County players to dwell on defeat
The Staggies are battling to preserve their cinch Premiership status.

Kris Doolan believes Partick Thistle have Premiership credentials
The Jags head to Ross County attempting to complete a return to the top-flight of Scottish football.