Pengendali Kedah Darul Aman (KDA), Nafuzi Zain melihat pasukannya seharusnya meraih keputusan positif pada separuh akhir pertama Piala FA 2024-2025 menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Jumaat malam.
Menurutnya, berdasarkan persembahan cemerlang Sang Kenari, skuad itu seharusnya berjaya meraih keputusan sekurang-kurangnya seri dan bukannya tewas tipis 1-2 kepada juara bertahan tersebut di Stadium Darul Aman.
"Walaupun tewas dan kecewa, saya rasa kita tak patut kalah sekurang-kurangnya dan boleh raih keputusan seri. Kita kena teliti dan cari semangat balik. Kita kena bawa semangat itu ke perlawanan seterusnya.
"Kita bermula baik dan beberapa gerakan ada peluang untuk kita buat jaringan, mungkin keghairahan pemain membuatkan mereka agak gopoh sedikit, itulah yang membezakan kita dan JDT," katanya pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan di Stadium Darul Aman, di sini.
Jelas Nafuzi, kejayaan menjaringkan satu gol dan memberikan tekanan kepada lawan dilihat mampu meningkatkan keyakinan pemainnya bagi menghadapi aksi timbal balik di laman lawan.
Menurutnya, semangat yang diraih tersebut perlu dibawa pada aksi separuh akhir kedua dan memberikan segala-galanya pada 4 Ogos depan.
"Apabila bertemu JDT, untuk menjaringkan gol tu bukan senang, untuk mencari kemenangan bukan mudah.
"Bagi saya lebih baik kita seri dari kita tewas, tapi kita kena jaringan 2-1, itu kita terima," ujarnya.
Oscar Arribas dan jaringan lewat Romel Morales membantu JDT mencatat kemenangan di Alor Setar manakala gol tunggal Kedah diperoleh menerusi Habib Haroon.-Sinar
Stadium Astro
Sat Jul 20 2024
Saya tak mahu balik, pinjamkan saya ke Jepun -- Ini cerita sebenar Luqman Hakim
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NFDP, Safirul Abu Bakar, berkongsi semangat yang dimiliki penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin, untuk terus menimba pengalaman di luar negara.
Serie A: Selepas empat tahun, Genoa destinasi baru Mario Balotelli
Mario Balotelli melengkapkan kepulangannya ke saingan Serie A selepas empat tahun dengan dia meninggalkan kelab lama, Brescia, untuk memperkuatkan Genoa dengan perpindahan secara percuma.
Luaskan kuasamu Johor, Alhamdulilah -- Bergson
Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva, mengucapkan terima kasih buat penyokong yang hadir selepas menewaskan Selangor 3-0 di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), kelmarin.
Saya hanya budak biasa -- Kata Rodri selepas menang Ballon d'Or
Pemain tengah Manchester City, Rodri, menjadi pemain pertama yang memenangi Ballon d'Or semasa beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak Cristiano Ronaldo pada 2008.
Erik ten Hag tiada identiti -- Legenda Manchester United
Gary Neville percaya kekurangan gaya permainan dan identiti yang konsisten merupakan kegagalan terbesar Erik ten Hag di Manchester United dengan dia menjangkakan satu lagi pembangunan semula pasukan yang memiluikan di Old Trafford.
Gagal gegar Asia Tenggara, apa yang tidak kena dengan Harimau Muda?
Kegagalan skuad remaja negara meraih tiket ke Pusingan Akhir Piala Asia B-17 2025 mencetuskan persoalan bagai ada sesuatu yang tidak kena dengan program pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi.
Rodri singkir Vinicius Junior untuk rangkul Ballon d'Or
Bintang Manchester City, Rodri, mencipta sensai dengan memenangi Ballon d'Or selepas melalui musim yang cemerlang bersama kelab dan negara sekali gus menewaskan pencabar terdekat dari Real Madrid, Vinicius Junior.
Pelatih AMD cuba nasib di kelab liga utama Jepun
Irfan Aswad Roslan, seorang pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) B-17 dipilih menjalani sesi percubaan untuk diserap masuk dalam sebuah kelab liga utama Jepun (J1).
Liga Super: JDT belum fikirkan gelaran liga ke-11 selepas atasi Selangor
Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Hector Bidoglio, belum memikirkan mengenai gelaran ke-11 Liga Super buat pasukannya walaupun Harimau Selatan kini berkelebihan lapan mata dan satu perlawanan dalam tangan di puncak liga selepas menewaskan Selangor 3-0 di Petaling Jaya malam tadi.
Negara jiran hairan dengan pembangunan bola sepak Malaysia
'Apa yang telah berlaku dengan prestasi pasukan remaja Malaysia kebelakangan ini? Bolehkah sesiapa berkongsi pendapat mereka?' yang dikongsikan laman sosial bola sepak Thailand yang agak memiliki persoalan terhadap perkembangan bola sepak Malaysia.
Alcaraz cruises past Jarry in Paris Masters opener
Alcaraz cruises past Jarry
Al-Nassr 0-1 Al-Taawoun: Ronaldo misses stoppage-time penalty in last-16 cup defeat
Report: Al-Nassr 0-1 Al-Taawoun
Borthwick: Supporters' energy and passion will give England 'extra lift' against All Blacks
Borthwick wants energy from fans
Alonso 'hurting' after milestone race ends early in Mexico
Alonso 'hurt' after 400th F1 race
Man Utd's 'expressed interest' in Amorim confirmed by Sporting
Sporting confirm Amorim interest
Jota out until after international break, Slot confirms
Slot confirms Jota absence
'It's up to them' - Guardiola understands Madrid's Ballon d'Or boycott
Pep defends Madrid boycott
Injury-hit Juventus welcome back Koopmeiners for Parma test
Koopmeiners returns for Juventus
'The guys just never quit' - Malone salutes Nuggets' character in Raptors comeback win
'Nuggets just never quit' - Malone
Sinner withdraws from Paris Masters with viral illness
Sinner withdraws from Paris Masters