Piala FA: Kedah mara ke separuh akhir, misi tumpaskan JDT


July 5, 2024 22:56 MYT
Kedah Darul Aman (KDA) menempah slot ke separuh akhir Piala FA selepas kemenangan agregat memihak kepada pasukan utara tanah air itu menyingkirkan cabaran dari Penang, sebentar tadi.
Skuad kendalian Akmal Rizal Ahmad Rakhli gagal memanfaatkan beberapa percubaan berbahaya selepas peluang yang dicipta tidak disempurnakan oleh pemain Penang.
Tandukan pertahanan, Richmond Ankrah, berjaya diselamatkan oleh penjaga gol kebangsaan, Kalamullah Al-Hafiz, yang hampir memberikan gol pendahuluan buat Penang.
Selepas ini, anak-anak buah Nafuzi Zain bakal berjumpa juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), dalam perlawanan separuh akhir Piala FA nanti.
#bola sepak #Piala FA #Kedah Darul Aman #KDA