Piala FA Inggeris: ten Hag yakin kemampuan Rashford, ubat duka disisihkan England

Najmi Iman
May 25, 2024 09:34 MYT
Ketua jurulatih Manchester United, Erik ten Hag, menggesa pemain sayap, Marcus Rashford, menterjemahkan kekecewaanya disisihkan oleh skuad England sebagai pemangkin terbaik menjelang perlawanan akhir Piala FA Inggeris, malam ini.
Pemain berusia 26 tahun itu terlepas panggilan kebangsaan bagi saingan Piala Euro 2024 selepas mengharungi musim yang mengecewakan baru-baru ini.
Pengendali kelahiran Belanda itu mahu Rashford menyinar di pentas akhir Piala FA Inggeris berdepan juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, untuk mendapatkan kemenangan supaya The Red Devils tidak terlepas slot ke kejohanan Eropah, musim depan.
"Dia melakukan progress yang baik di kala sedang menghadapi musim yang mencabar, tetapi masih boleh memberikan yang terbaik ketika mengawasinya di latihan pasukan.
"Dia sangat bermotivasi tinggi dan berbakat. Saya pasti dia mampu mengatasi perkara ini untuk kebaikan kerjayanya," kata Erik.
#bola sepak #Marcus Rashford #Liga Perdana Inggeris #Erik ten Hag #Euro 2024
;