Piala Emas: Rodriguez bawa Mexico ke suku akhir

Muzaffar Musa
July 19, 2021 05:26 MYT
MEXICO 1 EL SALVADOR 0
Mexico memastikan kedudukan teratas Kumpulan A selepas menewaskan El Salvador 1-0 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Emas CONCACAF di Dallas hari ini.
Luis Rodriguez mejaringkan gol kemenangan pada minit ke-26, sekali gus memastikan pertemuan suku akhir pasukannya dengan naib juara Kumpulan D, sama ada Honduras, Qatar atau Panama.
El Salvador hanya memerlukan keputusan seri dalam perlawanan itu untuk mengatasi Mexico di tangga teratas tetapi mereka gagal memperoleh gol penyamaan sepanjang 90 minit, biarpun memiliki peluang terbaik menerusi sepakan percuma Alexander Larin pada minit ke-70.
Mexico memperoleh jaringan tinggal itu apabila pertahanan sayap, Rodriguez, mempamerkan aksi lincah untuk naik ke atas dan masuk ke dalam kawasan penalti sebelum menolak masuk bola ke gawang lawan.
Mexico dan El Salvador akan menantikan lawan masing-masing menjelang perlawanan suku akhir di Glendale, Arizona hujung minggu ini.

⚽?? ¡GOOOL! Luis Rodríguez convierte de zurda tras una buena jugada individual. @miseleccionmx vence 1-0 a ?? @LaSelecta_SLV.#EstoEsNuestro #CopaOro21 ? pic.twitter.com/0PR2bp0CSM

— Gold Cup (@GoldCup) July 19, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Mexico #El Salvador #Piala Emas CONCACAF #Luis Rodriguez