AS 1 MEXICO 0
(Selepas masa tambahan)

Amerika Syarikat (AS) memenangi gelaran ketujuh Piala Emas selepas jaringan Miles Robinson pada minit ke-118 memastikan kemenangan 1-0 ke atas Mexico dalam masa tambahan aksi final di Paradise, Nevada hari ini.

Pertahanan Atlanta United, Robinson, tampil selaku wira dengan menanduk masuk sepakan percuma Kellyn Acosta dari sebelah kiri, sekali gus menafikan hajat Mexico untuk menjulang trofi kejohanan itu buat kali ke-12.

Kejayaan Piala Emas kali ini merupakan kesinambungan buat AS selepas memenangi Liga Negara-Negara CONCACAF pada Jun lalu -- turut menewaskan El Tri 3-2 selepas masa tambahan.

Mexico menewaskan AS 1-0 dalam final Piala Emas 2019, di mana kedua-dua pasukan mengumpulkan jumlah kejuaraan sama sepanjang 10 edisi lalu.

Kemenangan itu merupakan satu kejayaan besar buat skuad bimbingan Gregg Berhalter berkenaan untuk AS bangkit daripada kekecewaan sejak gagal dalam pusingan kepayakan Piala Dunia 2018

Ia juga merupakan kemenangan 1-0 kelima AS dalam kejohanan itu selepas menewaskan Qatar dan Jamaica dengan keputusan sama di peringkat kalah mati.