ARSENAL 5 BOLTON WONDERERS 1

Ethan Nwaneri mencuri tumpuan selepas memulakan langkah kanan kariernya bersama Arsenal dengan menyumbangkan dua gol untuk membantu pasukannya menewaskan Bolton Wanderers 5-1 dalam saingan pusingan ketiga Piala EFL, di Stadium Emirates, awal pagi tadi.

Dia antara pemain muda yang diberikan peluang beraksi bersama penjaga gawang muda, Jack Porter, berusia 16 tahun untuk menggalas tanggungjawab dalam kesebelasan utama pasukan.






Sepakan Declan Rice menerjah gawang Bolton untuk meletakkan Arsenal dihadapan sebelum Ethan menjaringkan gol pertamanya bersama skuad senior apabila menerima hantaran daripada Raheem Sterling.

Dia terus menambah koleksi jaringannya dalam separuh masa kedua selepas bijak memanfaatkan kesilapan yang dilakukan pertahanan Bolton, Chris Forino, untuk menewaskan Luke Southwood.

Dua gol lagi dijaringkan oleh Raheem Sterling pada minit ke-65 dan Kai Havert pada minit ke-77 untuk memastikan Arsenal mara ke pusingan seterusnya.





Sebelum ini Ethan Nwaneri hanya membuat tiga penampilan buat Arsenal dengan dia membalas kepercayaan Mikel Arteta dengan prestasi yang mengujakan dalam perlawanan semalam.