Jadon Sancho dan Anthony Martial akan kembali memperkuatkan Manchester United menjelang perlawanan separuh akhir kedua Piala FA menentang Nottingham Forest, demikian disahkan Erik ten Hag.

Sancho tidak pernah mewakili United sejak terikat 1-1 dengan Chelsea pada October lalu berikutan masalah kecergasan.

Martial, dalam pada itu, kali terakhir beraksi ketika The Red Devils menewaskan Manchester City di Old Trafford bulan lalu, di mana dia dikeluarkan selepas waktu rehat.

Kedua-dua pemain itu kini akan kembali memperkuatkan United menjelang aksi di Old Trafford awal pagi esok, di mana pasukan tuan rumah berkenaan sedang mendahului 3-0 secara agregat daripada perlawanan pertama di gelanggang lawan.

"Kami ada beberapa isu," kata Ten Hag kepada media kelab itu.

"Saya fikir untuk perlawanan esok, Anthony Martial dan Jadon Sancho akan kembali ke pangkuan pasukan tetapi Scott McTominay masih perlu berehat.

"Saya rasa perlawanan seterusnya (menentang Crystal Palace) juga dia akan terlepas.

"Kami perlu melihat bagaimana proses itu akan berjalan. Selain itu, saya fikir semua orang cukup cergas," katanya.