Shaiful Shamsudin
Wed Feb 22 2023

Eddie Howe tidak meragui tahap keyakinan Loris Karius bagi mengemudi gawang Newcastle United dalam final Piala Liga Inggeris (EFL).
Beberapa kejadian yang tidak dapat dielakkan memberi kesempatan kepada Karius untuk membuat penampilan ketika menghadapi Manchester United di Wembley, Ahad ini.
Penjaga gol pilihan pertama, Nick Pope, dibuang padang ketika berdepan Liverpool hujung minggu lalu, sementara Martin Dubravka terhalang untuk beraksi selepas menghabiskan separuh pertama musim ini dipinjamkan ke Man United.
Dia hanya akan menerima kalungan pingat sekiranya Newcastle tumpas.
Karl Darlow yang memulakan kempen ini telah dipinjamkan ke luar maka Karius dan Mark Gillespie yang merupakan pilihan keempat dan kelima akan mendapat kesempatan beraksi.
Ia adalah final pertama Newcastle sejak Piala FA 1999 yang menyaksikan mereka dikecewakan Man United, tetapi Karius mempunyai kenangan buruk ketika mengendalikan tugasan getir itu.
Dua kesilapannya mengundang kekalahan Liverpool kepada Real Madrid dalam final Liga Juara-Juara (UCL) 2018 dan sejak itu dia tidak pernah mewakili kelab berkenaan lagi.
Namun, Howe berkata tentang perlawanan itu: "Saya tidak pernah membincangkannya dengan panjang lebar bersama Karius.
"Kami semua berdepan rintangan dalam karier kami sendiri dan saya fikir dia tiada bezanya dalam hal ini.
"Sejak hari pertama dia ke mari lagi, dia bekerja keras biarpun kurang dikerah sebelum ini. Dia berlatih dengan baik di bawah jurulatih penjaga gawang kami.
"Persembahan umumnya ketika sesi latihan bertambah baik kerana dia dapat meluangkan lebih banyak masa dengan kami dan saya fikir dia berada di tempat yang baik dan bersedia bermain."

EPL: Newcastle ke UCL jauh lebih awal daripada disangka -- Eddie Howe
Pengurus Newcastle United, Eddie How, mengakui kejayaan pasukan itu layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) tidak pernah terlintas di fikirannya sewaktu memulakan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal musim ini.

EPL: Newcastle layak ke UCL selepas seri dengan Leicester
Penjaga gol, Nick Pope, memastikan Newcastle United sah layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah(UCL) musim depan dengan berbaki satu perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila mempamerkan aksi tangkas untuk menafikan kemenangan penting Leicester City, yang berusaha untuk kekal dalam saingan divisyen utama berkenaan.

Newcastle United cerahkan peluang ke UCL
Pengurus Newcastle, Eddie Howe, berpesan kepada pemainnya bahawa kemenangan penting ke atas Brighton dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi tidak akan membawa sebarang makna jika mereka gagal mengatasi Leicester untuk mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara (UCL).

EPL: Kemenangan ke atas Newcastle akan beri Leeds lonjakan besar untuk kekal dalam liga -- Allardyce
Pengurus Leeds United, Sam Allardyce, percaya pasukannya akan mendapat lonjakan besar untuk kekal dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan seandainya dapat menewaskan Newcastle United malam esok.

Newcastle United tidak perlu merungut taktik Arsenal -- Dan Burn
Pemain Newcastle, Dan Burn, enggan merungut mengenai taktik Arsenal selepas pertempuran sengit Liga Perdana Inggeris (EPL) di St James’ Park, semalam.

EPL: Eddie Howe kagum aksi Callum Wilson ubah permainan ketika Newcastle atasi Southampton
Eddie Howe kagum dengan cara Callum Wilson mengubah corak permainan Newcastle United ketika dia dimasukkan sebagai pemain gantian untuk membantu kemenangan 3-1 ke atas Southampton dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di St James' Park malam tadi.

EPL: Pemain Tottenham sedia bayar ganti rugi kepada penyokong selepas diaibkan Newcastle
Barisan pemain Tottenham menawarkan untuk membayar semula ganti rugi kepada penyokong yang bertandang ke St James' Park ketika mereka diaibkan dengan kekalahan 1-6 kepada Newcastle United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu lalu.

EPL: Tottenham ganti Stellini dengan Mason selepas diaibkan Newcastle
Tottenham melepaskan Cristian Stellini daripada jawatan ketua jurulatih sementara dan menggantikannya dengan Ryan Mason selepas diaibkan dengan kekalahan 1-6 di tangan Newcastle United hujung minggu lalu.

Lloris label Tottenham main macam tiada maruah
Hugo Lloris memohon maaf kepada penyokong selepas mengakui rakan sepasukannya kurang menunjukkan rasa bangga ketika menyarung jersi Tottenham dalam kekalahan memalukan mereka di Newcastle United, malam tadi.

Howe mahukan Newcastle cari semula rentak kemenangan
Pengurus Newcastle United, Eddie Howe berkata dia 'tidak mencari yang positif' sebaliknya 'mahukan respons' selepas pasukannya tewas 3-0 di Aston Villa.

Northern Ireland’s young squad have everything to play for – Michael O’Neill
The absence of senior players such as Steven Davis, Stuart Dallas, Corry Evans and Conor Washington has left an unfamiliar group.

French Open day 12: Karolina Muchova reaches first grand slam final after upset
The story of the 12th day of action from Roland Garros.

West Ham fans line streets to toast Europa Conference League champions
The Hammers beat Fiorentina 2-1 in Wednesday night’s final in Prague.

Jonny Evans back in Northern Ireland squad for Euro 2024 qualifiers
Evans missed March’s games due to injury.

Muchova stuns Sabalenka to set up final showdown with Swiatek
Muchova became the latest unseeded women’s slam finalist while Swiatek fought off a challenge from Beatriz Haddad Maia.

D.C. United head coach Rooney says addition of Messi is 'going to be great' for MLS
D.C. United head coach Wayne Rooney believes Lionel Messi joining Inter Miami is a huge coup for MLS.

Steve Smith looking forward to seeing how England fare against Australia attack
All five of Australia’s bowlers claimed a wicket as India were reduced to 151 for five in the World Test Championship final – still 318 runs behind.

Top seed Dan Evans suffers shock second-round exit at Surbiton
Evans lost to Canadian Gabriel Diallo but four British women are through to the quarter-finals.

Matt Fitzpatrick one off lead at Canadian Open as compatriot Aaron Rai sets pace
Rai was one of three players on five under par midway through the opening round.

India struggle for runs as Australia gain upper hand in World Test Championship
By stumps on day two India were 318 behind on 151 for five.