Piala EFL: Liverpool pesta gol di Anfield tewaskan West Ham

Saufi Tahir
September 26, 2024 08:36 MYT
Liverpool bangkit daripada ketinggalan satu gol di Anfield untuk berpesta jaringan menewaskan West Ham 5-1 yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain untuk mara ke pusingan keempat Piala ELF, awal pagi tadi.
Kemenangan itu menambah derita buat Julen Lopetegui yang memulakan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama skuad The Hammers dengan prestasi yang kurang memuaskan.

Congratulations, Cody ? pic.twitter.com/7pPSSQHHt9

— Liverpool FC (@LFC) September 25, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
West Ham mendahului terlebih dahulu menerusi jaringan sendiri pemain pertahanan Liverpool, Jarell Quansah, pada minit ke-21 sebelum tandukan Diogo Jota kembali menyeimbangi perlawanan 1-1.
Namun, Jota sekali lagi meledak dalam separuh masa kedua untuk mendahului West Ham dengan gol seterusnya melalui Mohamed Salah dan dua gol lagi pada minit akhir perlawanan menerusi Cody Gakpo untuk memastikan The Red selesa dengan kemenangan 5-1.
Namun, pengendali pasukan, Arne Slot, kekal merendah diri dengan dia mengakui masih belajar untuk memahami pemain Liverpool dari hari ke hari.

Catch the highlights, reaction and full match replay from tonight’s @Carabao_Cup victory on LFCTV GO ??

— Liverpool FC (@LFC) September 25, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Sebelum perlawan Bournemouth saya sebenarnya memaklumkan kepada pemain bahawa saya masih belajar daripada mereka setiap hari.
"Kami telah menghadapi situasi yang sama selepas menewaskan Manchester United dan kami menyusuli dengan kekalahan kepada Forest jadi ia sesuatu yang menggembirakan untuk melihat kami menghadapi cabaran seperti ini." katanya.
#Liverpool #West Ham #sepak #Piala EFL #'bola
;