Piala EFL: Kemaraan Newcastle United dibayar harga mahal


October 3, 2024 13:00 MYT

Kemaraan Newcastle United ke Pusingan Keempat Piala Liga dibayar harga mahal apabila dijangka terpaksa melupakan khidmat beberapa pemain utama menjelang kunjungan aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Everton di Stadium Goodison Park, Ahad lalu.

The Magpies kendalian Eddie Howe mengesahkan kemaraan selepas menjinakkan kelab Divisyen Satu, AFC Wimbledon, 1-0 dalam aksi pusingan ketiga di Stadium St Jame’s Park.

The first ever Newcastle United Women @Sela Player of the Month! ? Congratulations, @jasminemcquadex! ? pic.twitter.com/RdW1BMzTlJ

— Newcastle United Women (@NUFCWomen) October 2, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Bagaimanapun tuan rumah berkemungkinan kehilangan penjaring gol kemenangan, Fabian Schar yang dikeluarkan pada minit ke-90 biarpun pertukaran lebih kepada pendekatan taktikal gergasi liga Inggeris berkenaan.

Kelibat Nick Pope di gawang gol juga samar apabila berdepan masalah lutut, biarpun dia diharap mengikuti rombongan ke Goodison Park.

Ketiadaan Pope, menyaksikan Martin Dubravka bakal membuat permulaan pertama musim ini tetapi terpaksa dikeluarkan pada separuh masa selepas bertembung dengan penyerang Wimbledon, Omar Bugiel.

“Dubravka mengalami kecederaan teruk. Kami berharap dia baik-baik saja, tetapi kami akan tunggu dan lihat bagaimana perkembangan dia.

Job done. ☑️ pic.twitter.com/9n89Ny2MUg

— Newcastle United FC (@NUFC) October 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

“Kami juga berdepan dengan situasi pemain yang keletihan pada penghujung perlawanan tetapi diharapkan tiada kecederaan besar,” kata Howe.

Sementara mengenai Schar, Howe berkata: “Mudah-mudahan dia baik-baik saja.”

Schar akan dinilai dengan teliti dalam 48 jam begitu juga Pope.

“Kami tidak fikir ia serius, ia hanya bengkak pada lututnya. Kami berharap dia akan cergas untuk perjalanan ke Goodison Park.” - Sinar

PIALA LIGA

PUSINGAN KEEMPAT

29 OKTOBER

Newcastle United lawan Chelsea

30 OKTOBER

Southampton lwn Stoke City

Brentford lawan Sheffield Wednesday

31 OKTOBER

Brighton lawan Liverpool

Preston lawan Arsenal

Manchester United lawan Leicester City

Aston Villa lawan Crystal Palace

Tottenham Hotspur lawan Manchester City

#bola sepak #Everton #Newcastle United #Piala EFL