Piala EFL: Kami dominasi permainan, kata Amorim selepas Manchester United tersingkir

Shaiful Shamsudin
December 20, 2024 09:22 MYT
Ruben Amorim berasakan Manchester United mengawal permainan pertemuan separuh akhir Piala Liga Inggeris (EFL) di Tottenham, awal pagi tadi, tetapi tumpas 3-4 sambil menegaskan trofi bukan penyelesaian kepada masalah di kelab itu.
United ketinggalan 0-3 di Stadium Tottenham Hotspur sebelum memanfaatkan dua kesilapan Fraser Forster untuk membuatkan tuan rumah gementar.
Amorim gembira dengan reaksi pemainnya dan percaya dia akan belajar banyak daripada pertandingan itu, namun menegaskan banyak yang diperbaiki anak buahnya.
Pengurus itu memberitahu Sky Sports: "Kami agak kelam-kabut pada awal separuh masa kedua, itu sukar.
"Jika anda melihat secara menyeluruh perlawanan ini, kami adalah pasukan terbaik tetapi mereka lebih klinikal. Kami tewas tetapi semangat juang pemain adalah sangat penting bagi saya.

⏹️ We exit the #CarabaoCup.#MUFC

— Manchester United (@ManUtd) December 19, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Kami perlu mengambil satu malam untuk memikirkannya dan esok kami akan meraih banyak perkara baik daripada perlawanan ini.
"Kami tidak boleh berfikir bahawa dengan memenangi piala maka menjadikan segala-galanya akan baik-baik saja.
"Ia satu perjalanan yang jauh, kami sedang bertambah baik. Matlamat kami adalah untuk memenangi Liga Perdana Inggeris.
"Berapa lama masa yang diperlukan saya tidak tahu."
#EPL #Piala EFL
;