Piala EFL: Brighton singkirkan Arsenal di Stadium Emirates
Ammar Hakim
November 9, 2022 07:33 MYT
November 9, 2022 07:33 MYT
Kaoru Mitoma dan Tariq Lamptey menemui sasaran di separuh masa kedua ketika Arsenal tersingkir daripada pusingan ketiga Piala EFL selepas tewas 3-1 di laman sendiri kepada Brighton and Hove Albion.
The Gunners tewas buat kali kedua dalam 20 penampilan di pusingan ketiga kejohanan itu, di sebalik mendominasi hampir sepanjang perlawanan di Stadium Emirates awal pagi tadi.
Sepakan penalti Danny Welbeck menyamakan kedudukan selepas Eddie Nketiah membuka jaringan, sebelum Mitoma dan Lamptey menjaringkan gol di separuh masa kedua untuk menamatkan sembilan kemenangan berturut-turut Arsenal di laman sendiri.
4 - Danny Welbeck is the first player to score at Arsenal's Emirates stadium with four different clubs (Man Utd, Arsenal, Watford & Brighton). Array. pic.twitter.com/kV1S7LjxW6
— OptaJoe (@OptaJoe) November 9, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Arsenal
#Danny Welbeck
#Brighton and Hove Albion
#Piala EFL
#Eddie Nketiah
#Kaoru Mitoma
#Tariq Lamptey