Piala EFL: Arsenal tumbang di laman sendiri

Saufi Tahir
January 8, 2025 08:08 MYT
Newcastle United sudah meletakkan sebelah kaki untuk melangkah ke pentas final selepas mengatasi Arsenal 2-0 dalam separuh akhir pertama Piala EFL di Stadium Emirates, awal pagi tadi.
Skuad bimbingan Eddie Howe -yang merupakan naib juara Piala EFL 2023- terselamat daripada tekanan awal yang diberikan anak buah Mikel Arteta selepas Alexander Isak meletakkan pasukan pelawat mendahului pada minit ke-37.

??? A half century of Newcastle United goals for Alexander Isak! ? pic.twitter.com/ZgBLgt2upd

— Newcastle United (@NUFC) January 7, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah, penyudah jarak jauh pemain sayap, Anthony Gordon, dalam separuh masa kedua sekali lagi menghukum benteng pertahanan The Gunners untuk Newcastle selesa mendahului sehingga wisel penamat.
The Magpies mempunyai dua gol untuk dipertahankan semasa aksi timbal balik separuh akhir kedua di St. James Park nanti.

Full-time at Emirates Stadium. Attentions turn to Sunday. pic.twitter.com/PRZvJJoLK9

— Arsenal (@Arsenal) January 7, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk rekod, gol pembukaan yang dijaringkan Isak merupakan jaringan ke-50 untuk Newcastle dalam semua kejohanan, sejak penampilan sulungnya pada Ogos 2022.
Pemain Sweden itu kini telah menjaringkan 10 gol dalam sembilan perlawanan terakhirnya dalam semua kejohanan sekali gus menjadi pemain Newcastle pertama yang menjaringkan gol ketika berdepan Arsenal dalam dua perlawanan berbeza dalam satu musim sejak Laurent Robert pada 2001/02.
#Arsenal #Newcastle United #Piala EFL #Alexander Isak #Anthony Gordon
;