Piala EFL: Aksi AFC Wimbledon lawan Newcastle ditunda gara-gara padang musnah

Muzaffar Musa
September 25, 2024 11:07 MYT
Aksi Piala Liga Inggeris (EFL) di antara AFC Wimbledon dan Newcastle United awal pagi tadi terpaksa dipindahkan ke St James Park selepas padang tuan rumah dari League Two itu musnah gara-gara banjir.
Gambar yang tersebar menunjukkan padang di Stadium Cherry Red Records di London kelihatan seperti tanah jerlus yang besar disebabkan hujan lebat sepanjang malam sebelumnya.
EFL berkata keadaan cuaca dan banjir menyaksikan perlawanan itu terpaksa dialihkan ke gelanggang Newcastle dan dilangsungkan pada awal pagi 2 Oktober ini.
Penundaan itu juga menyaksikan aksi League Two di antara Wimbledon dan Crewe Alexandra pada 2 Oktober depan turut terpaksa dipinda ke satu tarikh yang akan ditetapkan.
#bola sepak #Newcastle United #Piala EFL #AFC Wimbledon