New Zealand layak ke suku akhir Piala Dunia Kriket T20 selepas meraih kemenangan lapan wicket ke atas Afghanistan, yang sah tersingkir bersama India dengan keputusan itu.

India mengharapkan Afghanistan akan menewaskan Black Caps sambil mereka juga perlu mengatasi Namibia tetapi perkara itu ternyata tidak belaku, di mana skuad bimbingan Kane Williamson berkenaan mudah melepasi saingan peringkan Kumpulan 2 bersama Pakistan manakala England dan Australia pula mewakili Kumpulan 1.

Aksi di Abu Dhabi malam tadi menyaksikan tidak banyak yang dapat dilakukan Afghanistan pada permulaan inning mereka -- hanya dapat melakukan 23 larian dan kehilangan tiga wicket sewaktu powerplay.

Najibullah Zadran merupakan satu-satunya pemukul mereka yang mencuri tumpuan dengan melakukan 73 pukulan daripada 48 bola, termasuk enam boundaries dan tiga sixes sebelum dikeluarkan Jimmy Neesham sewaktu balingan Trent Boult.

Boult merupakan pelontar terbaik New Zealand dengan 3-17 tetapi Tim Southee (2-24) menjadi pengambil wicket kedua terbanyak dalam sejarah Black Caps dalam Piala Dunia T20, pada ketika Afghanistan hanya mencatatkan 124-8.

Permulaan pantas menyaksikan New Zealand melakukan 16 larian dalam tiga over pertama -- hanya Daryl Mitchel tersingkir ketika bola pertama dalam over keempat sewaktu balingan Mujeeb Ur Rahman.

Rashid Khan, yang sebelum ini mencipta sejarah selaku pemain yang mengambil 100 wicket dengan innings terendah (53) dalam T20I, meraih wicket ke-400 dalam format itu.

Walaupun berlaku sedikit penurunan, New Zealand tetap mudah merekodkan kemenangan dengan Williamson (4) dan Devon Convay (36) meraih baki mata dalam pertemuan itu.