Piala Dunia Renang Akuatik: Dhuha Zulfikry padam rekod 35 tahun Jeffery Ong
Najmi Iman
October 20, 2024 14:06 MYT
October 20, 2024 14:06 MYT
Pemenang enam pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024, Muhammad Dhuha Zulfikry, mencuri tumpuan dalam Piala Dunia Renang Akuatik 2024 apabila berjaya memecahkan rekod kebangsaan yang berusia 35 tahun di Shanghai, China.
Atlet berusia 16 tahun itu mengatasi rekod Jeffery Ong (15:27.05s) dalam acara 1500m gaya bebas lelaki dengan catatan 14:59.80s.
Dhuha yang diberi jolokan Michael Phelps Malaysia itu sememangnya memanfaatkan peluang tersebut kerana memiliki kepakaran dalam acara jarak jauh.
Kejayaan tersebut melayakkannya ke Kejohanan Dunia di Budapest, Disember ini.