Piala Dunia Ragbi: New Zealand mudah atasi Argentina untuk ke final

Muzaffar Musa
October 21, 2023 01:55 MYT
NEW ZEALAND 44 ARGENTINA 6
New Zealand menempah slot final Piala Dunia Ragbi buat kali kelima apabila membelasah Argentina 44-6 dalam aksi separuh akhir di Stade de France awal pagi tadi.
Seminggu selepas mengerahkan segala kudrat untuk mengatasi Ireland dalam suku akhir, perlawanan kali ini kelihatan jauh lebih mudah buat All Blacks berdepan lawan yang sebelum ini mencuri tumpuan dengan menyingkirkan Wales.
Bahkan, pemain Argentina seakan terpinga-pinga dalam menangani aksi hampir sempurna New Zealand, yang menghasilkan tujuh try.
Sedar mereka akan bertemu salah satu daripada dua pasukan gergasi, Afrika Selatan dan England, yang akan bertemu dalam satu lagi perlawanan separuh akhir awal pagi esok, All Blacks mempamerkan aksi tanpa belas kasihan dalam usaha ke final.
Pemain sayap, Will Jordan, menghasilkan try hatrik, sekali gus mendahulu kedudukan penjaring try terbanyak kejohanan dengan lapan try setakat ini, sekali gus menyamai rekod terbanyak yang dicatatkan Jonah Lomu bagi satu edisi Piala Dunia.
Ia merupakan penampilan ketiga Los Pumas dalam separuh akhir Piala Dunia tetapi tidak banyak dapat mereka lakukan sehingga ke wisel penamat, sekali gus akur merelakan kemaraan New Zealand ke penentuan gelaran.

Final bound ? pic.twitter.com/QzZE0bghOQ

— All Blacks (@AllBlacks) October 20, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Will Jordan has just equalled the men's record for most tries in a single Rugby World Cup 8⃣#RWC2023 | #ARGvNZL | @AllBlacks pic.twitter.com/j3lCpWFXZh

— Rugby World Cup (@rugbyworldcup) October 20, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#New Zealand #Argentina #Ragbi #Piala Dunia Ragbi