Piala Dunia Qatar: Wolves khuatir risiko tinggi Raul Jimenez sertai Mexico

Shaiful Shamsudin
November 15, 2022 09:40 MYT
Pengurus Wolves, Julen Lopetegui, meluahkan kegusarannya selepas Raul Jimenez disenaraikan dalam skuad Piala Dunia bersama Mexico walaupun tidak bermain sejak Ogos lalu.
Bekas pengurus Sevilla dan Real Madrid itu secara rasminya mengambil alih tugas di Wolves, Isnin lalu, tetapi perlu menunggu selepas kempen Piala Dunia untuk mengendalikan perlawanan pertamanya.
Jimenez hanya membuat tiga penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan tempoh 211 minit permainan berikutan kecederaan pangkal paha, tetapi masih disenaraikan dalam skuad 26 pemain Mexico ke Qatar.
Dengan Wolves ketinggalan empat mata dari zon penyingkiran, Lopetegui berharap penyerang utamanya itu cergas selepas temasya di Timur Tengah berkenaan.
“Perkara yang paling penting bukanlah Piala Dunia, ia adalah Wolves,” kata Lopetegui dalam sidang akhbar pertamanya di England.

Waited ? years for this moment (screams in Spanish)! ???? The ?? players who will be representing millions of Mexicans on the pitch at the ??. ⚽️#MéxicoDeMiVida | #Qatar2022 pic.twitter.com/D3XDRhc8pl

— Mexican National Team (@miseleccionmxEN) November 14, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Saya telah bercakap dengan Raul, saya bimbang terhadapnya dia kerana dia belum beraksi seminit pun dengan pasukannya, Wolves.
"Kami memerlukan kesemua pemain dan kami memerlukan Raul cergas dalam versi terbaik.Saya harap dia akan kembali ke sini dengan keadaan sebegitu.
"Saya menghormati keputusan pemain dan jurulatih tetapi yang paling penting bagi saya ia adalah Wolves."
#Wolves #Mexico #Piala Dunia Qatar
;