Piala Dunia Qatar: Wakil Afrika perlu berani pasang impian buru kejuaraan, kata jurulatih Senegal

Shaiful Shamsudin
November 26, 2022 09:05 MYT
Wakil Afrika harus yakin untuk pergi jauh dalam Piala Dunia di Qatar, malah memenangi kejohanan itu, laung ketua jurulatih Senegal, Aliou Cisse.
Senegal menewaskan tuan rumah, Qatar, 3-1 malam tadi untuk meraih mata pertama mereka dalam kumpulan A.
Juara Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) itu kehilangan pemain handalan, Sadio Mane, akibat kecederaan sebelum kempen Piala Dunia dan berdepan kebuntuan untuk menyempurnakan peluang terhidang ketika bertemu Belanda.
Tetapi Cisse percaya pasukannya termasuk wakil Afrika lain yang sedang beraksi di Timur Tengah -- Cameroon, Ghana, Maghribi dan Tunisia -- harus menanam kepercayaan bahawa mereka mampu menguggat pasukan gergasi.
Cisse menekankan kemenangan Jepun dan Arab Saudi ketika masing-masing mengejut Jerman dan Argentina sebagai bukti untuk menyokong saranannya itu.
"Lihat sahaja bagaimana Piala Dunia berlangsung, banyak kejutan berlaku," katanya.

269 - #Senegal ?? have ended a run of 269 minutes without scoring at the #WorldCup, their longest scoring drought since 124 minutes from June 16, 2002 to June 19, 2018. Lions.#FIFAWorldCup #FIFAWorldCup2022 pic.twitter.com/VTlndy8LHf

— OptaJose (@OptaJose) November 25, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Kita telah melihat pasukan kerdil menumbangkan gergasi. Jepun menewaskan Jerman, Arab Saudi menewaskan Argentina -– apa sahaja boleh berlaku.
"Semua pasukan yang bertanding layak berada di sini. Ia tidak seperti 30 tahun lalu iaitu ikan besar mudah mengetepikan pasukan yang lebih kecil.
"Saya fikir ia akan menjadi Piala Dunia yang penuh dengan kejutan. Ya, negara Afrika mampu memenangi Piala Dunia, dan saya harap negara itu adalah Senegal!"
#Senegal #Piala Dunia Qatar