Adrien Rabiot percaya barisan pemain tengah kurang berpengalaman Perancis 'mampu jadi kuasa positif', berikutan persembahan cemerlang dalam aksi Piala Dunia Qatar bertemu Australia.

Juara bertahan bimbingan Didier Deschamps dihimpit masalah kecederaan sebelum saingan Piala Dunia menyingkap tirai di Qatar, susulan pemain tengah Paul Pogba dan N'Golo Kante antara yang terpaksa tidak bersama pasukan.

Gandingan itu menjadi tunjang kejayaan Perancis di Russia empat tahun lalu, meletakkan jangkaan yang tinggi kepada Rabiot dan Aurelien Tchouameni, yang turun dalam kemenangan 4-1 ke atas Socceroos.



Mereka berjaya menyerlah, Rabiot menjaringkan gol penyamaan Perancis, dan dia berasakan kehadiran pemain muda mampu menjadi suntikan kepada pasukan.

"Saya tidak mendengar atau membaca apa yang diperkatakan. Bahagian tengah kami masih muda dan kurang berpengalaman berbanding edisi sebelum ini, itu adalah fakta. Tetapi ia boleh menjadi kuasa positif. Masa dan keputusan akan menentukan," katanya kepada ESPN.

"Kami juga perlu melihat kualiti pemain di sini, dan komitmen kami. Bagi kami, walaupun kurang pengalaman, masih ada keinginan kuat untuk melakukannya dengan baik.

"Adalah penting untuk mempunyai pemain yang boleh anda harapkan, pemain yang anda boleh 'berehat'. Untuk mengetahui bahawa sesetengah orang mempunyai lebih banyak pengalaman, lebih banyak perlawanan Liga Juara-Juara, juga penting.

"Saya suka berada di sana untuk rakan sepasukan saya. Saya suka menasihati, bercakap dan mendengar. Membantu rakan sepasukan saya beraksi dan berada dalam keadaan yang betul, dari segi fizikal dan mental, untuk apa yang kita hadapi di atas padang adalah sesuatu yang saya suka lakukan."