Ketua jurulatih Ghana, Otto Addo, menegaskan pasukan dengan jolokan Black Stars itu tidak memasang hajat untuk membalas dendam terhadap Uruguay apabila mereka kembali membuat perhitungan selepas insiden suku akhir Piala Dunia 2010.
Berikutan kemenangan tipis 3-2 ke atas Korea Selatan malam tadi, pasukan yang dibimbing Addo itu berpeluang mengesahkan tempat ke pusingan 16 jika kemenangan ke atas La Celeste dalam perlawanan terakhir Kumpulan H, Jumaat ini.
Insiden di Afrika Selatan 12 tahun lalu menyaksikan Diego Forlan membatalkan jaringan awal Sulley Muntari, kemudian Luis Suarez menafikan kemenangan Ghana pada masa tambahan apabila menepis tandukan Dominic Adiyiah dengan tangannya di atas garisan gol.
Tetapi Asamoah Gyan gagal mengambil kesempatan tersebut apabila tendangan penaltinya meliar untuk Suarez yang dibuang padang ketika itu meraikan pengorbanannya, manakala Uruguay akhirnya mara ke separuh akhir menerusi kemenangan 4-2 dalam penentuan sepakan penalti.
Tetapi Addo menegaskan bahawa detik perit itu tidak akan menawarkan sebarang insentif tambahan buat Black Stars yang terlepas peluang untuk menjadi wakil Afrika pertama yang mara separuh akhir.
"Saya seorang yang tidak terlalu memikirkan masa lampau apabila kejadian ini berlaku," kata jurulatih itu.
"Saya seorang yang kuat beriman, jika anda tidak membalas dendam maka anda akan mendapat lebih banyak berkat.
"Ini adalah satu perlawanan yang berbeza, pasukan yang berbeza. Uruguay mempunyai penyerang yang sangat bagus, berpengalaman luas. Mereka sangat kompak, sangat bagus. Sekali lagi ia akan menjadi perlawanan yang sangat sukar.
"Kami merupakan sebuah pasukan yang menyedari bahawa setiap perlawanan adalah mustahak, kami perlu berada di tahap terbaik untuk menewaskan mereka.
"Tetapi saya cukup yakin untuk mengetahui kami mampu memenangi perlawanan ini."
Shaiful Shamsudin
Tue Nov 29 2022
Piala Dunia Seabad: Uruguay wajar jadi penganjur, kata Poyet
Uruguay memang berhak menjadi pilihan utama untuk menganjurkan Piala Dunia Edisi Ke-100 pada 2030, menurut bekas pemain antarabangsa Uruguay, Gus Poyet.
Marcelo Bielsa dilantik ketua jurulatih Uruguay
Marcelo Bielsa dilantik sebagai ketua jurulatih Uruguay selepas pengurus berusia 67 tahun itu meninggalkan Leeds hampir 15 bulan lalu.
Kecederaan sekat Ronald Araujo sertai kem Uruguay
Ronald Araujo terlepas menyertai pasukan Uruguay untuk dua perlawanan persahabatan akan datang selepas mengalami kecederaan paha dalam kemenangan Barcelona ke atas Real Madrid, semalam.
Nunez tarik diri daripada skuad Uruguay
Penyerang Liverpool, Darwin Nunez, telah menarik diri daripada skuad Uruguay untuk perlawanan persahabatan yang akan datang.
Piala Dunia 2030: Argentina, Uruguay, Paraguay, Chile bergabung bida jadi tuan rumah
Juara Piala Dunia 2022, Argentina, mengesahkan bahawa mereka akan bergabung dengan Uruguay, Paraguay dan Chile bagi melancarkan bidaan untuk menganjurkan Piala Dunia 2030.
FIFA hukum Cavani, Godin, FA Uruguay gara-gara kelakuan pemain dalam Piala Dunia
Edinson Cavani dan Diego Godin antara empat pemain yang digantung Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) gara-gara kelakuan mereka sewaktu Uruguay tersingkir daripada Piala Dunia Qatar bulan lalu.
Piala Dunia Qatar: Uruguay dalam siasatan FIFA
FIFA telah membuka prosiding tatatertib terhadap Persatuan Bola Sepak Uruguay dan empat pemain Celeste -- termasuk Edinson Cavani dan Diego Godin -- berikutan reaksi berang pasukan itu terhadap penyingkiran Piala Dunia Qatar.
Piala Dunia Qatar: Uruguay mangsa anak tiri FIFA -- Luis Suarez
Luis Suarez mendakwa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sering menganaktirikan Uruguay tatkala kariernya dalam Piala Dunia berakhir dengan air mata dan tersingkir dalam kempen di Qatar.
Piala Dunia Qatar: Uruguay iringi Ghana menuju jalan keluar
Uruguay gagal mara ke pusingan 16 Piala Dunia Qatar di sebalik kemenangan 2-0 ke atas Ghana sebentar tadi.
Piala Dunia Qatar: Tiada istilah dendam jumpa Uruguay, kata jurulatih Ghana
Ketua jurulatih Ghana, Otto Addo, menegaskan pasukan dengan jolokan Black Stars itu tidak memasang hajat untuk membalas dendam terhadap Uruguay apabila mereka kembali membuat perhitungan selepas insiden suku akhir Piala Dunia 2010.
Jurgen Klopp: Trent Alexander-Arnold and Diogo Jota give Liverpool ‘a chance’
Klopp remains positive about their chances despite recent failures and feels six wins could see them snatch the title from the grasp of their rivals.
Marco Silva wants Andreas Pereira to continue to make the right impression
‘Excited’ Gareth Taylor wants his Manchester City team to take advantage
A dress rehearsal for the Women’s FA Cup final will take place on Sunday between Manchester United and Tottenham.
Lewis Hamilton to start Chinese Grand Prix in 18th after poor qualifying showing
On this day in 2018: Arsene Wenger announces his Arsenal exit
The Frenchman won three league titles and seven FA Cups.
Heat beat Bulls to set up rematch with Celtics; Pelicans hold off Kings
Heat, Pelicans earn playoff spots
Max Verstappen denies Lewis Hamilton a sprint victory in China
Verstappen crossed the line 13 seconds clear of Hamilton with Sergio Perez taking third.
Des Buckingham feels heavy schedule caught up with Oxford
Pep Guardiola says Cole Palmer is one of the players of the season
Mauricio Pochettino not expecting a vulnerable Man City in FA Cup semi-final
City were knocked out of the Champions League in midweek.