Piala Dunia Qatar: Peluang Paulo Dybala sertai Argentina tipis

Shaiful Shamsudin
October 10, 2022 03:07 MYT
ROMA 2 LECCE 1
Pengurus Roma, Jose Mourinho, mendedahkan Paulo Dybala berdepan dipingirkan hingga hujung tahun ini akibat masalah paha.
Bintang Argentina itu dijangka terlepas Piala Dunia Qatar yang bakal membuka tirai hujung bulan depan selepas mengalami kecederaan serius dalam kemenangan 2-1 Roma ke atas Lecce di Stadio Olimpico, awal pagi tadi.
Sebaik menyempurnakan sepakan penalti untuk jaringan kemenangan pada minit ke-48, tiada riak gembira di wajahnya apabila terpaksa meninggalkan padang dengan serta-merta.

? @PauDybala_JR ?❤️ pic.twitter.com/TEAbJFJAou

— AS Roma (@OfficialASRoma) October 9, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Paha kiri Dybala ditekap ais dan pemain kidal itu kelihatan cukup sugul di bangku simpanan bagi mengenangkan nasib kurang baiknya.

“Against Atalanta we played really well and we lost. Today we did not play well and we won. "The league table is based on points, but obviously I would have liked it if we had played well tonight too."#ASRoma #RomaLecce

— AS Roma English (@ASRomaEN) October 9, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah, Mourinho tidak menolak mereka berdepan perkhabaran lebih buruk dengan berkata kepada DAZN selepas perlawanan itu: "Saya bolehkan katakan kecederaan membabitkan Dybala adalah buruk, bukanlah saya mengatakan ia situasi yang sangat teruk. Malangnya, ia lebih teruk daripada sekadar buruk.
"Saya bukan seorang doktor dan saya belum bercakap dengan kakitangan di bahagian itu pun tetapi daripada pengalaman saya, daripada apa yang saya faham selepas berbincang dengan Paulo, ia kelihatan sukar,' katanya.
#Paulo Dybala #Argentina #Serie A #Piala Dunia Qatar