Piala Dunia Qatar: Neymar tunjang kekuatan Brazil, ujar Tite

Ammar Hakim
December 6, 2022 04:49 MYT
Jurulatih Brazil, Tite percaya Neymar tidak boleh ditukar ganti kerana kebolehan daripada segi teknikal yang meningkatkan kualiti seluruh pasukan.
Neymar kembali dalam kesebelasan utama untuk kemenangan pusingan 16 Piala Dunia Qatar awal pagi tadi ke atas Korea Selatan di Stadium 974 selepas mengalami kecederaan ligamen buku lali dalam aksi pertama berdepan Serbia.
Penyertaannya untuk baki kejohanan telah diragui, tetapi dia kembali dan memainkan peranan penting dalam kemenangan selesa 4-1, menjaringkan sepakan penalti yang menyaksikan ketinggalan satu gol di belakang rekod sepanjang zaman Pele (77 gol).
Brazil mempamerkan aksi cukup cemerlang pada separuh masa pertama dan Neymar secara amnya berada di tengah-tengah serangan pasukan, walaupun dia tidak melakukan jaringan atau bantuan jaringan.
Sebelum perlawanan bertemu Korea Selatan, persembahan Brazil tidak begitu meyakinkan, tetapi kepulangan Neymar adalah penting untuk kelancaran seluruh pasukan.
"Dia adalah teladan kepada pasukan. Neymar menghadirkan kualiti teknikal yang tinggi kepada pasukan. Apabila pasukan mencari pemain, mereka tahu bahawa mereka mempunyai senjata di sana, [seseorang yang boleh membuat] perbezaan," kata Tite mengenai penyerang Paris Saint-Germain itu.
"Setiap orang mempunyai kualiti tersendiri, tetapi Neymar adalah tunjang kepada Brazil, meningkatkan kemampuan pemain di sekelilingnya."

3 - Neymar has become the third Brazilian player to score in three different editions of the World Cup, alongside Ronaldo and Pelé. Pantheon. pic.twitter.com/EDGZqlcgkb

— OptaJoao (@OptaJoao) December 5, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Neymar #Brazil #Tite #Piala Dunia Qatar