Shaiful Shamsudin
Tue Nov 01 2022
Penyerang Milan, Ante Rebic, diketepikan daripada skuad awal 34 pemain Croatia untuk menghadapi Piala Dunia Qatar.
Rebic merupakan pemain tunjang ketika membawa Croatia mara ke final Piala Dunia Russia pada 2018 apabila membuka jaringan dalam kemenangan mengagumkan 3-0 ke atas Argentina di peringkat kumpulan kejohanan itu.
Bagaimanapun, pemain Rossoneri itu hanya membuat tiga permulaan Serie A musim ini dan walaupun dia menghasilkan tiga gol dalam tujuh penampilan liga, ia belum cukup untuk Zlatko Dalic menyenaraikannya.
Kali terakhir Rebic mewakili negaranya adalah dalam Euro 2020 tahun lalu.
Dalam masa sama, tahap kecergasannya Luka Modric mencetuskan kebimbangan seketika yang menyaksikannya terlepas aksi dalam kekalahan Real Madrid kepada RB Leipzig bulan ini, tetapi pemenang Ballon d'Or 2018 itu masih berada dalam percaturan termasuk pemain Chelsea, Mateo Kovacic, dan Ivan Perisic di Tottenham.
Croatia akan memulakan kempen Kumpulan F menentang Maghribi pada 23 November sebelum berdepan Kanada dan Belgium.
Mereka akan memuktamadkan skuad 26 pemain pada Rabu depan.
Senarai awal skuad Croatia ke Piala Dunia:
Dominik Livakovic (Dinamo Zagreb), Ivica Ivusic (Osijek), Ivo Grbic (Atletico Madrid), Dominik Kotarski (PAOK), Nediljko Labrovic (Rijeka); Domagoj Vida (AEK), Dejan Lovren (Zenit), Borna Barisic (Rangers), Duje Caleta-Car (Southampton), Josip Juranovic (Celtic), Josko Gvardiol (RB Leipzig), Borna Sosa (Stuttgart), Josip Stanisic (Bayern Munich), Marin Pongracic (Lecce), Martin Erlic (Sassuolo), Josip Sutalo (Dinamo Zagreb); Luka Modric (Real Madrid), Mateo Kovacic (Chelsea), Marcelo Brozovic (Inter), Mario Pasalic (Atalanta), Nikola Vlasic (Torino), Luka Ivanusec (Dinamo Zagreb), Lovro Majer (Rennes), Kristijan Jakic (Eintracht Frankfurt), Luka Sucic (Salzburg), Josip Misic (Dinamo Zagreb); Ivan Perisic (Tottenham), Andrej Kramaric (Hoffenheim), Josip Brekalo (Wolfsburg), Bruno Petkovic (Dinamo Zagreb), Mislav Orsic (Dinamo Zagreb), Ante Budimir (Osasuna), Marko Livaja (Hajduk Split), Antonio Colak (Rangers).
Inter dakap trofi Serie A
Inter Milan merangkul kejuaraan Serie A kedua dalam tempoh empat musim apabila menumbangkan AC Milan 2-1 di San Siro, awal pagi tadi.
Serie A: Pioli sanjung profesionalisme barisan Milan
Pengurus AC Milan, Stefano Pioli, gembira dengan perpaduan dalam kalangan pemainnya tetapi berkata prestasi mereka masih perlu ditingkatkan apabila bersedia untuk melayani kunjungan Udinese, malam ini.
Serie A: Garcia tagih kemenangan Napoli sambut kunjungan Milan
Rudi Garcia berazam untuk menumbangkan AC Milan, awal pagi esok, dalam mengatur kebangkitan bagi mempertahankan kejuaraan Serie A, Napoli.
UCL: PSG sempitkan laluan AC Milan
Davide Calabria menyifatkan kegagalan penyudah sebagai punca AC Milan tumbang 0-3 kepada Paris St Germain (PSG), tetapi percaya mereka masih mampu meneruskan kemaraan dalam Liga Juara-Juara (UCL).
Serie A: Rafael Leao memang layak ketuai kebangkitan Milan
Pengurus Milan, Stefano Pioli, menjelaskan keputusannya melantik Rafael Leao sebagai ketua pasukan adalah berdasarkan sikap pemain kelahiran Portugal itu sendiri.
Milan dituntut melabur tingkatkan kualiti skuad sebaik jamin tiket UCL
Stefano Pioli menggesa Milan agar berani melabur selepas mengesahkan kelayakan Liga Juara-Juara (UCL) untuk musim ketiga berturut-turut.
Milan terjemah prestasi UCL ke peringkat domestik
Stefano Pioli memuji Milan yang mengulangi persembahannya hebat mereka dalam Liga Juara-Juara (UCL) ketika menumbangkan Lecce 2-0 dalam perlawanan Serie A, awal pagi tadi.
Olivier Giroud-Milan capai kesepakatan baru
Milan memperbaharui kontrak Olivier Giroud dan pemain antarabangsa Perancis tersebut dilaporkan bersetuju untuk kekal di kelab itu hingga akhir musim depan.
UCL: Milan ketepikan sentimen potensi jumpa Inter dalam separuh akhir
Stefano Pioli berhasrat menikmati kejayaan Milan mara ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) sebentar tadi, bukannya potensi berdepan musuh setempat, Inter.
UCL: Pengalaman bezakan Napoli-Milan -- Spalletti
Luciano Spalletti menyifatkan pengalaman cetek dan masalah kecergasan Napoli menjadi punca langkah mereka dimatikan dalam Liga Juara-Juara (UCL) oleh Milan, sebentar tadi.
I don’t expect political statements from Germany team -Thomas Hitzlsperger
Germany’s team photo covering their mouths at the Qatar World Cup came in for criticism.
Feyenoord coach Arne Slot in contention to replace Jurgen Klopp at Liverpool
Slot guided the Dutch club to their first title in six years last season.
Fraser Brown ‘hugely proud’ of Scotland career as he announces rugby retirement
The 34-year-old Glasgow hooker won 61 Scotland caps.
Gian Piero Gasperini talks up Atalanta’s ‘extraordinary’ season
Atalanta have not won the Coppa Italia since 1963.
Unai Emery extends Aston Villa contract
Erik Ten Hag says reaction to Manchester United’s FA Cup win was ’embarrassing’
The club have faced criticism after letting a 3-0 lead slip against second-tier Coventry at Wembley.
PGMOL to allow Nottingham Forest to hear VAR audio of rejected penalty claims
Forest demanded the audio be published.
A closer look at the hot streak of world number one Scottie Scheffler
Championship run-in: Where the top four stand in race for automatic promotion
Stuart Attwell named in VAR team for Euro 2024 amid Forest controversy
The news comes two days on from Attwell’s officiating being criticised by Forest after their loss at Everton.