Piala Dunia Qatar: Messi langkaui kehebatan Pele, Maradona -- Guardiola

Shaiful Shamsudin
December 21, 2022 22:59 MYT
Pep Guardiola percaya Lionel Messi merupakan pemain terhebat sepanjang zaman sambil menyifatkan Pele mahupun Diego Maradona sebagai sentimental.
Messi telah lama dianggap antara yang terbaik tetapi dia dan Cristiano Ronaldo dibandingkan Pele dan Maradona di mata sesetengah pihak di sebaliknya tidak pernah menjulang Piala Dunia.
Senario itu kini berubah pada Isnin lalu apabila Messi mengetuai Argentina meraih kejayaan di Qatar 2022 bagi menyamai pencapaian Maradona pada 1986.
Bagaimanapun, di mata pengurus Manchester City itu yang membimbing Messi di Barcelona langsung tidak pernah meragui bintang Paris Saint-Germain (PSG) tersebut.
"Semua orang mempunyai pendapat mereka tetapi tiada siapa boleh meragui Messi adalah yang terhebat sepanjang masa," katanya.

A dream come true! ??? @julianalvarezzz pic.twitter.com/y4lswDWShF

— Manchester City (@ManCity) December 18, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Bagi saya, banyak kali sudah saya katakan bahawa dia adalah yang terbaik.
“Sukar untuk memahami bagaimana seseorang pemain mampu mengulangi pencapaiannya dalam tempoh 50 atau 70 tahun lagi.
“Orang yang merujuk Pele atau (Alfredo) Di Stefano mahupun Maradona, orang ramai boleh berkata bahawa ia adalah pemain kegemaran masing-masing tetapi ia pendapat yang sentimental.
“Sebaliknya, bagi saya jika Messi tidak memenangi Piala Dunia sekalipun, tanggapan saya terhadap pencapaiannya dalam bola sepak secara keseluruhannya sama sekali tidak akan berubah.
"Tetapi adalah perkara biasa anda akan diukur menerusi kejayaan. Sudah tentu baginya ia adalah kemuncak gelaran dalam kerjaya luar biasanya."
#Pep Guardiola #Lionel Messi #Diego Maradona #Pele #Piala Dunia Qatar