Piala Dunia Qatar: Martino pikul tanggungjawab 'kegagalan terbesar' Mexico

Ammar Hakim
December 1, 2022 10:51 MYT
Tata Martino memikul tanggungjawab atas 'kegagalan terbesar' Mexico di Piala Dunia Qatar dan mengesahkan kontraknya kini telah tamat dengan sedikit peluang untuk dia kembali memegang jawatan itu.
Martino telah menjadi jurulatih El Tri, dan kedudukannya tidak dibantu susulan penyingkiran daripada peringkat kumpulan Qatar 2022.
Mexico hampir mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia buat kali kelapan berturut-turut sebelum mereka tersingkir atas perbezaan kepada Poland dalam Kumpulan C.
Gol terhasil dalam separuh masa kedua menerusi Henry Martin dan Luis Chavez menentang Arab Saudi di Stadium Lusail, Mexico terikat dengan Poland dengan kedudukan mata, perbezaan gol dan gol yang dijaringkan, setelah seri dalam pertemuan mereka.
Dengan wisel sepenuh masa dibunyikan dalam perlawanan Poland menentang Argentina, Mexico sedang menuju keluar kerana rekod fair play yang rendah apabila Salem Al-Dawsari membalas satu gol untuk Arab Saudi pada masa kecederaan.
Anak buah kendalian Martino terlambat untuk melakukan kebangkitan, dan banyak kecaman ditujukan kepada jurulatih itu.
Menceritakan statusnya sebagai 'penjahat' di Mexico, Martino menjawab, "Saya tidak boleh memberitahu anda apa-apa yang berkaitan dengan pendapat orang.
"Saya adalah [orang] utama yang bertanggungjawab atas kekecewaan yang kami ada. Saya bertanggungjawab dan ia adalah sumber kesedihan yang besar.
"Saya memikul semua tanggungjawab atas kegagalan besar ini. Sudah lapan Piala Dunia ini tidak berlaku."
#Mexico #Tata Martino #Piala Dunia Qatar
;