Romelu Lukaku tersenarai dalam skuad 26 pemain Belgium untuk saingan Piala Dunia Qatar, walaupun terpalit dengan masalah kecederaan.

Ketua jurulatih, Roberto Martinez, memberikan amaran bahawa Lukaku perlu membuktikan tahap kecergasannya jika mahu beraksi dalam saingan peringkat kumpulan jika tersenarai, di mana penyerang itu telah mula melakukannya.

Penjaring gol terbanyak Belgium, Lukaku, yang dipinjamkan ke Inter dari Chelsea, membuat penampilan semula daripada masalah kecederaaan hamstring, hadir daripada bangku simpanan dan menjaringkan gol kemenangan ke atas Viktoria Plzen dalam aksi Liga Juara-Juara bulan lalu.

Bagaimanapun, ia merupakan satu daripada dua penampilan bagi pemain berusia 29 tahun itu sejak Ogos, dengan perlawanan kedua terhasil ketika bertemu Sampdoria 29 Oktober lalu.

Tiada ruang untuk penyerang lain yang beraksi di Serie A, dengan Divock Origi dari Milan diketepikan, walaupun rakan sepasukan kelabnya, Charles De Ketelaere tersenarai.

Sebilangan besar pemain yang beraks di Liga Perdana Inggeris tersenarai, dengan tiga pemain dari Leicester City, termasuk Youri Tielemans, bersama bintang Manchester City Kevin De Bruyne, pemain sayap Brighton and Hove Albion Leandro Trossard dan pemain tengah dari Everton, Amadou Onana dan wakil Aston Villa, Leander Dendoncker bakal ke Qatar.

Eden Hazard hanya memulakan dua perlawanan untuk Real Madrid musim ini, tetapi masih lagi kekal dalam kalangan penyerang pilihan Martinez, manakala rakan kelab, Thibaut Courtois, akan mengharapkan satu lagi kejohanan yang baik pada peringkat individu, selepas dia memenangi Sarung Tangan Emas di Russia 2018.

Belgium memulakan kejohanan mereka menentang Kanada pada 23 November, sebelum menentang Maghribi dan Croatia dalam perlawanan Kumpulan F .

Skuad penuh Belgium: Koen Casteels (Wolfsburg), Thibaut Courtois (Real Madrid), Simon Mignolet (Club Brugge); Toby Alderweireld (Royal Antwerp), Timothy Castagne (Leicester City), Zeno Debast (Anderlecht), Leander Dendoncker (Aston Villa), Wout Faes (Leicester City), Thomas Meunier (Borussia Dortmund), Arthur Theate (Rennes), Jan Vertonghen (Anderlecht); Yannick Carrasco (Atletico Madrid), Kevin De Bruyne (Manchester City), Thorgan Hazard (Borussia Dortmund), Amadou Onana (Everton), Youri Tielemans (Leicester City), Hans Vanaken (Club Brugge), Axel Witsel (Borussia Dortmund); Michy Batshuayi (Fenerbahce), Charles De Ketelaere (Milan), Jeremy Doku (Rennes), Eden Hazard (Real Madrid), Romelu Lukaku (Inter), Dries Mertens (Galatasaray), Lois Openda (Lens), Leandro Trossard (Brighton and Hove Albion)