Piala Dunia Qatar: Luis Enrique mahu Sepanyol ke final
Muzaffar Musa
November 18, 2022 12:07 MYT
November 18, 2022 12:07 MYT
Luis Enrique mahu pasukan bimbingannya, Sepanyol, ke final Piala Dunia Qatar selepas menewaskan Jordan 3-1 dalam aksi pemanas terakhir awal pagi tadi sebelum kejohanan sebenar membuka tirai hujung minggu ini.
Pemain muda Sepanyol, Ansu Fati, Gavi dan Nico Williams, kesemuanya menemui sasaran dalam kemenangan itu sebelum Jordan memperoleh jaringan sagu hati.
Sepanyol tidak pernah melepasi pusingan 16 Piala Dunia sejak memenanginya pada 2010 tetapi Luis Enrique menegaskan bahawa pasukannya akan ke final pada 18 Disember ini.
"Kami berada di kedudukan ketujuh ranking FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa)," katanya kepada wartawan dalam sidang media selepas perlawanan itu.
"Sasaran kami adalah untuk beraksi dalam kesemua tujuh perlawanan di Qatar.
"Saya dapat lihat pasukan ini bermain dengan amat baik (ketika menentang Jordan) walaupun ia bukanlah waktu yang sesuai kerana terlalu hampir dengan Piala Dunia.
"Saya fikir permainan kami amat baik. Keputusannya tidak terlalu penting hari ini tetapi ia sentiasa lebih baik untuk memenanginya," katanya.
11 - #Spain ?? have won the last 11 games prior to the start of a World Cup edition, being the last time they failed in May 1978 (0-0 v #Uruguay ??). Strength.
— OptaJose (@OptaJose) November 17, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sepanyol akan membuka kempen Kumpulan E dengan menentang Costa Rica pada awal pagi Khamis ini sebelum bertemu Jerman dan Jepun bagi melayakkan diri ke pusingan kalah mati.