Jaringan di penghujung permainan daripada Cody Gakpo dan Davy Klaassen memberikan Belanda kemenangan 2-0 ke atas Senegal dalam penampilan semula mereka di pentas Piala Dunia di Stadium Al-Thumama awal pagi tadi.

The Oranje mempamerkan aksi hambar dalam perlawanan pertama mereka di pentas Piala Dunia sejak kejohanan edisi 2014 di Brazil, namun berjkaya memastikan tiga mata penuh.

Ketika perlawanan berbaki enam minit, Gakpo berlari menuju ke arah kubu pertahanan lawan sebelum berjaya menanduk masuk hantaran silang Frenkie de Jong untuk membuka jaringan.

Skuad kendalian kekal gagal menghadirkan corak permainan yang meyakinkan, namun menghasilkan jaringan kedua dalam masa tambahan menerusi Klaassen bagi menamatkan perlawanan Kumpulan A yang mengecewakan itu.