Piala Dunia Qatar: Kecederaan paksa Werner diketepikan

Ammar Hakim
November 4, 2022 03:14 MYT
Penyerang Jerman, Timo Werner, bakal terlepas Piala Dunia Qatar selepas mengalami kecederaan koyak ligamen buku lali ketika bermain untuk RB Leipzig dalam Liga Juara-Juara Khamis lalu.
Werner mengalami kecederaan pada separuh masa pertama berikutan diterjah pemain Shakhtar Donetsk, Taras Stepanenko, dan telah digantikan selepas cuba untuk meneruskan permainan.
Pemain berusia 26 tahun itu digantikan oleh Emil Forsberg pada minit ke-19 dan Leipzig memenangi perlawanan itu 4-0, sekali gus mengesahkan tempat mereka ke pusingan 16.
Leipzig semalam mengumumkan Werner tidak akan bermain lagi tahun ini, dengan menyatakan dalam tweet: "Timo Werner mengalami kecederaan buku lali dalam kemenangan ke atas Shakhtar Donetsk.
"Imbasan menunjukkan bahawa dia mengalami koyak ligamen syndesmosis di pergelangan kaki kirinya dan oleh itu akan diketepikan untuk baki 2022."

ℹ️ Timo Werner suffered an ankle injury last night in the win over Shakhtar Donetsk. Scans today in Leipzig showed that he has unfortunately torn the syndesmosis ligament in his left ankle and will therefore be out for the rest of 2022. pic.twitter.com/tLLAfxb2op

— RB Leipzig English (@RBLeipzig_EN) November 3, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#RB Leipzig #Timo Werner #Liga Juara-Juara #Jerman #Piala Dunia Qatar